Khamis, 18 Oktober 2012

JODOH


Assalamualaikum...Cincin kahwin?? Saya nak buat entri pasal kahwin lagi ke? Ya. Opps, kenapa saya kerap menulis pasal kahwin? Perkara ini berlaku secara kebetulan. Sebenarnya ada seorang hamba Allah bertanya mengenai jodoh. Katanya ' Kalau orang kelantan ni dia mesti nak kahwin dengan orang kelantan juga ke?'
Al-maklumlah, saya ni orang kelantan. Jujurnya, saya sendiri tak tahu jodoh saya sendiri. Jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang. Tapi ayah saya dia nak anak-anaknya kahwin dengan orang Kelantan. Ibu bapa kita bukannya apa, dia nak mudahkan urusan kita. Contohnya nak kenduri, rumah dekat senang, jimat duit sikit. Balik raya pun senang. 1 arah sahaja. Saya sedikit pun tak kisah jodoh saya tue berasal dari mana. Meskipun dari Jepun, Korea, China, Amerika, Australia, New Zealand yang penting dia Islam, boleh menerima saya dan keluarga, sayang saya di dunia dan akhirat, itu dah cukup bagi saya. Yang penting dia ikhlas dalam perhubungan. Masing-masing mampu berfikir baik dan buruk, mampu menilai sendiri. Kalau ada pasangan yang kahwin senegeri, sekampung dan seangkatan dengannya, bagi saya, itu lah jodoh. Kita tak boleh tolak jodoh itu. Istikarah pun penting dalam menentukan jodoh. Kena contact Allah juga. Mohon petunjuk daripadaNya.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Bersawang agaknya blog ini. Alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap yang saya sendiri tak sangka dapat capai. Semester 5. Sudah 2 tahun berada di bumi Tanjung Malim. Gembira atau sedih? Soalan yang sukar dijawab. Berada di bidang yang saya tak minati dan Universiti yang saya tak pernah impikan, amat sukar bagi saya untuk menerimanya. Alhamdulilah, Awal kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik. Saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Saya bangga terlibat dalam bidang ini. Pernah. Saya pernah merasa rendah diri kerana mungkin orang akan anggap bidang ini bidang yang biasa. Ala, ajar kanak-kanak. Low standard. Tidak bagi saya, kerana menjadi guru tadika merupakan tugas yang berat. Jika kanak-kanak mampu membaca dan menulis atas ajaran guru tersebut. Itu merupakan pencapaian terbesar bagi kami guru tadika. Saya sangat bangga dan bersyukur kerana Allah telah meletakkan takdir yang terbaik untuk saya. Alhamdulilah.

P/S: Akan mencuba sehabis baik. Semangat baru. Kritikan dan cacian orang membuatkan kita tabah dan cekal. Terima kasih.

Rabu, 15 Ogos 2012

Getting Married




Saya nak kahwin?? Alhamdulilah. Bila dah jumpa jodoh yang sesuai, InsyaAllah saya kahwin. Kad kahwin di atas bukan saya punya. Itu kad kahwin saudara saya yang sama nama dengan saya. Bakal suami pun belum jumpa lagi. Nak kahwin?? Lambat lagi. Belajar pun tak habis lagi. Lagipun keluarga tak kan bagi kahwin masa belajar. Kakak saya cakap saya gatal nak kahwin la kalau saya kahwin awal. InsyaAllah, sampai masanya saya akan bina masjid. Allah dah tentukan. Sekarang saya cuma nak raih cinta Allah. Itu penting! Jodoh itu akan sampai sendiri nanti. InsyaAllah.

Tahniah buat kawan saya yang dah mendirikan rumahtangga. Semoga kekal sampai ke syurga Allah.
                                                        Ketika bujang ( tudung kelabu)...

Selasa, 14 Ogos 2012

Indahnya Perhubungan Itu Part 2

Sebenarnya saya memang tak berniat langsung untuk menyambung entri yang sebelum ini. Entri yang saya masukkan video 'I've proposed' oleh Dena Bahrin. Saya amat terkejut sebenarnya. Beberapa hari yang lepas saya ada 'menjenguk' 1 page photoghraper yang agak terkenal sebab mereka ambik gambar orang-orang yang agak terkenal jugak.Kalau tak silap nama dia The Kliker. Rupa-rupanya, Dena Bahrin dah kahwin dan dia masih muda. Baru berumur 20 tahun dan masih belajar. Gambar-gambar mereka sangat cantik dan kreatif dan mereka sangat comel, sesuai, bagai pinang dibelah dua. Di sini saya selitkan 1 gambar perkahwinan Dena Bahrin. Tentang kisah perkahwinannya, sila rujuk blog beliau. Sila klik link tersebut. Sebenarnya, saya amat kagum dengan dia. Saya suka tutorial pemakaian hijab menutup dada olehnya. Sangat comel dan menutup aurat.


P/S : Sila cari The Kliker | Wedding and Potrait Photoghraphy kat Facebook untuk lebih gambar.
        Saya ambik gambar ini kat blog Dena Bahrin. Credit to her.

Rabu, 1 Ogos 2012

Perihal Ramadhan

Assalamualaikum. Salam Ramadhan diucapkan walaupun sudah memasuki pertengahan Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulilah kita masih berpeluang bertemu penghulu bulan pada tahun 1433 H. Syukur Alhamdulilah. Semoga amalan dan ibadah kita di bulan yang mulia ini dapat dipertingkatkan. InsyaAllah. Ramadhan pada tahun ini disambut sederhana sahaja, memandangkan hanya ibu yang bersama kami kerana Ayah menyambut Ramadhan dan berhari raya di tanah suci Mekah. Alhamdulilah, Ramadhan pada kali ini amat berbeza daripada Ramadhan yang lepas. Tahun lepas, kami menyambut Ramadhan dan AidilFitri tanpa Ibu dan Ayah kerana kedua-duanya mengerjakan umrah. Tahun ini, cukup hanya Ibu dan Irfan yang mampu memeriahkan suasana.

Ramadhan? Ada apa dengan Ramadhan? Di bulan yang mulia ini, kita wajib untuk berpuasa. Puasa? Puasa ialah menahan lapar dan dahaga dari waktu fajar hingga waktu maghrib. Tapi harus diingat, kita bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, kita juga perlu menjaga lidah, mata dan telinga dari sesuatu yang tidak sepatutnya. Jika menahan lapar dan dahaga syarat sah puasa,wajib. Menjaga lidah, mata dan telinga adalah sunat. Jika kita hanya menahan lapar dan dahaga tapi tidak menjaga pandangan, puasa kita sah tapi kita tak dapat pahala puasa.

Di Bulan Ramadhan, terdapat 1 solat yang istimewa. Kita hanya dapat mengerjakan di bulan puasa sahaja. Solat Terawih. Solat ini boleh buat 8 rakaat ataupun 20 rakaat bersama 3 rakaat witir. Lebih afdal, jika mengerjakan 20 rakaat.

Ada satu lagi kelebihan bulan Ramadhan, iaitu Malam Lailatul Qadar. Semua umat manusia perlu terkejar-kejar mendapat malam istimewa ini. Apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam seribu bulan. Jika kita beribadat pada malam tersebut, kita diibaratkan beribadat selama seribu bulan. MasyaAllah, besarnya. Tapi harus diingat, jangan hanya beribadat pada malam itu sahaja, malam-malam lain pun kena buat jugak. Malam Lailatul Qadar ini tidak diketahui pada malam ke berapa. Cuma diberitahu pada 10 akhir Ramadhan.

Ramadhan itu bulan yang sangat istimewa. Tambahkan dan tingkatkan ibadah anda di bulan yang mulia ini.

*Peringatan untuk diri saya sendiri, keluarga dan orang di sekeliling saya.

Khamis, 12 Julai 2012

Alhamdulilah

Alhamdulilah, dia kembali lagi. Demi Allah, saya sangat rindukan dia. Tak sangka. Terima kasih Allah. Saat ini, memang tak dapat berfikir dengan betul. Tapi sangat bersyukur. Speechless. Thanks a lot. Walaupun dia tak tahu, tapi tak pa asalkan Allah tahu. Itu yang penting. Terima kasih sangat-sangat. Awak kembali pun saya dah bersyukur.

p/s : Sentiasa menyebut namanya kebelakangan ini. Hati gembira... ^_^

Rabu, 13 Jun 2012

Pesanan Buat Hati


Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dah lama tak menulis di ruangan ini. Maklumlah agak sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Setiap kali buka blog, pasti niat untuk menulis akan terbantut. Kenapa jadi macam tu?? Saya pun tak tahu sebabnya. Malam ini kuatkan niat untuk menulis di ruangan yang kian berdebu dan berhabuk ini. Rindu pun ada (macam la rindu sangat). Agak-agak apa yang saya nak tulis pada malam yang tak berapa malam (pagi hari). Saya nak membincangkan perihal hati. Apa maksud hati?? Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati merupakan organ dalaman yang amat penting dalam badan setiap manusia. Eh, salah topik! Bukan hati tersebut yang saya ingin perkatakan. Saya ingin membicarakan tentang Hati ini. 

"Janganlah hancurkan hati ini
 ku hanya mencuba meluahkan perasaan

Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satu hero yang ku cinta 
 Selamanya"

Nyanyi lagu Nabil pulak. Hati ini, merupakan bahagian yang agak sensitif. Senang untuk terluka, cemburu, sakit hati, gembira, teruja dan seangkatan dengannya. Sememangnya sebagai seorang perempuan, saya amat sensitif dalam segala hal. Kenapa? Memang ditetapkan oleh Allah, hati perempuan memang macam nie. Jangan pelik kalau perempuan itu senang untuk cemburu. Contohnya, lelaki yang mereka suka berbual mesra dengan perempuan lain. Walaupun perkara kecil, mereka akan mudah untuk cemburu dan berkecil hati. Namun, sebenarnya kita tidak boleh berkecil hati. Kita tengok PETIKAN TEKS di bawah :



"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

.. I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."




Dah faham?? Maknanya?? Kita perlu sentiasa berpesan kepada hati untuk tidak berkecil hati. Kita kena pujuk dan rawat hati ini. Kalau tak mampu memohon la kepada Allah. Itu lebih afdal. InsyaAllah akan tenang. Mulai hari ini, selalu berfikiran positif. Jangan fikir negatif. You can do it (Pesanan untuk diri sendiri). Kuatkan hati anda... ^_^

Rabu, 4 April 2012

Indahnya Perhubungan itu




Assalamualaikum. Saya rasa video ini dah lama. Tapi saya baru menontonnya malam ini. Sangat indah. Ya. Saya amat cemburu. Alangkah bahagia hati ini jika seseorang melamar. Seseorang yang kita suka. Seseorang yang tidak pernah berputus asa. Seorang yang setia. Saya sedar amat susah untuk mencari lelaki seperti itu pada zaman sekarang. Di mana agaknya my other half? Adakah dia juga seorang yang nekad, tidak pernah berputus asa untuk memikat hati ini? Sekaligus menjadikan diri ini sebahagian daripada hidupnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jumaat, 23 Mac 2012

S.I.L.E.N.T L.O.V.E Part 2


Di saat ini, saya tak mengetahui apa status hati. Masih menyayangi dia atau tidak. Hanya Allah yang mengetahuinya. Hati ini tak mampu berdusta. Saya hanya berserah kepada Allah. Dia yang lebih mengetahui segalanya.








Rabu, 21 Mac 2012

Rindu Bertamu

Ya Allah, kenapa diri ini sangat merinduinya?? Air mata ini ingin mengalir lagi. Teringat kat arwah. Rindu itu menyapa lagi. Entah mengapa. Susah untuk menerima hakikat sebenar. Aku terpaksa melepaskan dia. Walaupun hati ini berat sekali untuk melepaskannya. Perit rasa di dada. Maafkan ku kerana tidak dapat meluputkan segala kenangan bersamamu. Ya Allah, ampunkan segala dosanya. Tempatkanlah Mohd Marwan di tempat orang yang soleh. Amin.

Sabtu, 10 Mac 2012

B.E.N.C.I


Benci
Apabila orang mempermainkan perasaan kita
Tiada lagi peluang untuknya
Tiada lagi ruang untuknya

Hati ini sebal
Hati ini kecewa
Terkilan kerana sikapmu

Terima kasih atas kata cintamu
Kini tiada nilai lagi
Tiada maknanya lagi
Kamu hanya dusta

Tiada lagi peluang ketiga untukmu
Cukuplah
Hati ini tak nak dilukai lagi

Ahad, 4 Mac 2012

S.I.L.E.N.T L.O.V.E


I hope it was a dream

I falling in love to him
I like him
I could not stop watching him

But I could not bare it
I felt that he's not meant to me
He was so perfect to me
I'm not suit for him

I hope I could not see him again
He made my heart hurt
Maybe Allah want to show me
That he was not my half

I will just waiting for my other half
I hope he will complete my life
He will be my last love
I will be your angel in Allah's Heaven
I will love you until my death
InsyaAllah...

Khamis, 1 Mac 2012

Kenali Wanita



a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


Cinta Ini Membunuhku!!!


Hati ini perit memikirkan tentang dia. Saya benci dia sebab dia buat saya jatuh cinta. Kenapa awak muncul dalam hidup saya? Kenapa awak selalu muncul dalam minda saya? Saya penat! Saya letih! Tolonglah keluar daripada minda saya. Saya benci sangat perasaan ini. Saya sangat benci dia. Ya Allah, tolong jauhkan aku daripadanya. Aku dah benci melihatnya. Sebab dengan melihatnya dan mengingati dia, perasaan ini akan muncul. Saya tak suka perasaan ini. Bagaimana harus saya lakukan untuk lupakan dia? Wahai hati! jangan ada perasaan ini. Wahai minda! lupakan dia. Ya Allah, buangkan lah perasaan ini.



CINTA INI MEMBUNUHKU (d MASIV)

Kau membuat, ku berantakan.
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.

[#:]
Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan.

[Reff:]
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

[#] ~~ [Reff]

[Interlude]

[Reff]

Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku.

Isnin, 27 Februari 2012

Girl's Letter





Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam mood tak dapat tidur lagi. Terfikir pulak nak bagi pesanan untuk orang yang disayangi dalam hidupku. Kalau orang tersayang baca entry ini, semoga anda mengerti anda amat dihargai.

Untuk Mak yang disayangi....
Mak,anda insan yang paling kusayangi dalam dunia ini. Mak adalah insan yang sangat penting dalam hidup. Kalau mak tak ada, maka adik tak akan wujud di bumi Allah ini. Maafkan anakmu ini andai pernah menyakiti hatimu. Kadang-kadang adik agak manja. Selalu menangis. Tapi mak sentiasa menenangkan perasaan ini. Adik merupakan insan yang bertuah kerana mempunyai mak yang sangat penyayang dan memahami anaknya. Terima kasih mak. Sayang mak dunia dan akhirat.

Untuk Ayah,
Walaupun ayah seorang yang agak garang terhadap anak-anaknya. Tapi keperluan anaknya sering dipenuhi. Ayah bekerja kuat untuk menyara anak-anaknya. Memberi segala keperluan dunia dan akhirat. Ayah tetap menolong anak-anaknya di kala kesusahan. Terima kasih ayah.

Untuk Angah,
Adik kasihan kat angah terpaksa bekerja kuat dalam perniagaan Angah. Sabar ye. InsyaAllah rezekimu akan bertambah. Angah seorang yang keras kepala tapi masih mempunyai kelembutan dalam hati. Mak dan ayah have to come first when your doing something. Redha Allah terletak di tangan Mak dan Ayah.

Untuk Achik,
Walaupun tak rapat dengan abang chik, tapi sayang itu tetap ada. Achik merupakan insan yang banyak melakukan pengorbanan demi Mak Ayah. Sampai sekarang pun tak kahwin lagi. Sangat ambik berat pasal adik-adiknya. Harap-harap achik cepat-cepat bertemu jodoh. InsyaAllah jodoh yang terbaik untuk achik. Amin.

Untuk Abang Wan dan Kak Pah,
Alhamdulilah wa syukurillah sebab nak bakal dapat anak ketiga. Wah, tak sabar nak pegang baby. Dah lama tak merasa. Rindu pula kat Irfan dan Ilham. Anak buah yang tak reti nak duduk diam. Harap-harap anak yang baru secomel mereka berdua. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ye! InsyaAllah semua akan dipermudahkan. Amin.

Untuk Abang dan Kak Sue,
Tahniah anda bakal berkahwin tanggal 27hb April nanti. Tak sangka kahwin jugak abang kesayanganku ini. Tak sabar nak tunggu majlis kahwin anda berdua. Saya pulak yang beria-ia. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga sampai ke syurga Allah. Amin.

Untuk Kakakku,
Uit, walaupun kita tak sekepala tapi kadang-kadang kita agak rapat dalam sesuatu hal. Aku tahu kita tak banyak kongsi masalah. Ye la, aku seorang yang manja. Agak kuat memberontak. Aku juga yang selalu mengalah. Kau yang selalu kena marah dengan abang-abang apabila bergaduh dengan aku. Abang-abang selalu defend aku. Tapi aku sayang kau juga. Minta halal semuanya ye. Oh, satu lagi semoga cepat-cepat jumpa jodoh. Nanti aku pula yang kahwin dulu. Hehehe. Jangan marah.

Untuk Sahabat,
Terima kasih kerana terus berada di sisi di saat senang dan susah. Anda semua merupakan sahabat yang terbaik dalam hidup. Walaupun diri ini agak sensitif. Kamu semua agak sabar dengan sikapku. Terima kasih kerana selama ini sering mendengar keluhan, cerita, suka dan duka. Anda semua adalah penyeri hidup. Mewarnakan hidup ini yang agak suram. Terima kasih sekali lagi. Semua kita semua akan terus bersama. InsyaAllah.

Untuk Crush,
Terima kasih kerana membuatku merasai perasaan tersebut. Anda merupakan orang yang paling saya minat dalam sejarah hidup saya. Anda merupakan insan yang muncul sekejap dalam hidup saya. Anda pernah membuat saya tak keruan. Anda terlalu istimewa dalam hidup saya. Namun, pertemuan semalam membuatkan saya sedar bahawa kita tak sesuai. Saya tak layak. Pandangan negatif dan salah anggapan awak membuatkan saya kecewa dengan awk. Itu membuatkan saya sedar kita tak sesuai. Mungkin Allah mempertemukan kita semalam untuk menyedarkan saya bahawa awak bukan milik saya. Oleh kerana itu, saya
tak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan kecewa itu. Terima kasih kerana mengingati nama saya. Saya fikir awak agak berlainan tapi saya kecewa melihat awak semalam. Terima kasih banyak-banyak. Awak telah banyak mengajar saya. Awak mengajar saya apa itu cinta dalam diam. Awak tak mengetahui perasaan saya selama ini. Hanya sia-sia. Terima kasih sekali lagi. InsyaAllah kita berdua akan mendapat jodoh yang sesuai untuk diri masing-masing. Malam ini, akan ku tutup perasaan ini dan akan ku buang.

Untuk Other Half,
Walaupun saya masih tak mengetahui siapa anda. Saya harap awak akan terus membimbing saya ke jalan Allah saat Allah satukan kita. Anda akan menjadi Zauj yang abadi kepada saya. InsyaAllah Allah akan satukan kita apabila sampai masanya nanti. Semoga kita akan bahagia sampai ke syurga Allah. InsyaAllah. Amin. Diriku hanya untukmu.


P/S : Need to fix myself to be a better person. Thanks very much to all. Terima kasih kerana melengkapkan kehidupan saya. ^_^

Khamis, 9 Februari 2012

Dalam Mihrab Cinta part #1 ►★★★


Assalamualaikum. Dah lama tak tulis blog. Sekarang ini, saya tengah menonton filem dari Indonesia yang agak menarik. Sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Habiburrahman. Novelnya agak menarik. Boleh meruntun jiwa yang membacanya. InsyaAllah. Sama-sama kita hayati cerita Dalam Mihrab Cinta ini. Di sini saya akan menceritakan sinopsisnya. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Syamsul Hadi lakonan Dude Harlino yang mencari cabaran dalam hidupnya. Dia seorang lelaki yang inginkan cabaran. Dia membuat keputusan untuk ke Kediri, Indonesia untuk mencari pesantren. Dia menemui Zidna Ilma (Meyda Safira) dalam perjalanan ke Kediri. Zidna Ilma atau Zizi merupakan anak kepada Kiai Baejuri yang mengasaskan Pesantren Al Furqan. Beliau telah meninggal dunia dan Kiai Miftah, anaknya yang sulung yang menggantikannya. Syamsul Hadi telah menolong Zizi dan menyelamatkan Zizi daripada pencuri yang ingin membunuhnya dalam keretapi. Syamsul akhirnya telah menuntut di Pesantren Al-Furqan setelah meninjau pesantren-pesantren yang ada di Kediri. Dia seorang pelajar yang kuat usahanya. Malangnya ada yang tidak suka kepadanya. Burhan(Boy Hamzah) telah memfitnah Syamsul mencuri dompetnya. Akhirnya dia dibuang dari pesantren. Keluarganya juga tidak mempercayainya. Lalu dia melarikan diri dari rumah. Dia menjadi penyeluk saku untuk menyara hidupnya. Namun, dia dipenjarakan. Adakah dia akan temui sinar baru atau terus menjadi penyeluk saki?? Saksikan filem ini. InsyaAllah novel karya Habiburrahman juga menarik untuk dibaca dan dihayati. Dapatkan di pasaran. Dalam Mihrab Cinta dan Dalam Mihrab Cinta The Romance. Wassalam

Ahad, 29 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 4)


Zulaikha tersenyum lebar melihat Amani mendiamkan diri.

"Kau okey tak ini?" Soal Zulaikha.
"Okey aje." Jawabnya pendek.
"Betul ini?"
"Betul la."
"Nampak macam tak okey saja." Kata Zulaikha sambil menjeling ke arah Amani. Jelingan yang bermakna.
"Aku okey la. Kau ini yang salah anggap."
"Yelah itu. Padahal dalam hati dup dap dup dap." Kata Zulaikha sambil tergelak kecil.
Amani mencubit lengan Zulaikha.
"Aduh! Sakit la." Kata Zulaikha sambil menggosok-gosok tempat yang dicubit.
"Ada hati nak usik aku. Kan dah kena." Amani hanya tersenyum.
"Macam la aku tak tahu perasaan kau itu. Aku faham la."
Amani hanya diam.
"Mogok la tu."
"Tak sangka pulak dia tegur kau. Biasanya senyum pun tak. Hari ini hari istimewa kot. Senyum melebar sampai telinga kot tadi. Ataupun dia suka kat kau."
"Apa yang kau merepek ini?" Kata Amani sambil menggelengkan kepala.
"Mana tahu betul."
"Tak mungkin la Zue. Dia terlalu baik untuk aku. Aku tak sesuai untuk dia."
"Jodoh di tangan Tuhan. Kita tak tahu."
Amani hanya diam. Dia tak nak bagi ulasan dengan lebih lanjut.
....................................................................................................................................................

'Istikharah cinta memanggilku
memohon petunjukMu
satu nama teman setia naluriku berkata
di penantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu'

Telefon berdering minta diangkat. 'Bonda Tersayang' tertera di skrin. Segera dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam ibu. Ibu sihat?" soalnya sambil duduk di kerusi.
"Alhamdulilah ibu sihat. Mani?" Soal ibunya kembali.
"Alhamdulilah bu."
"Dah makan ke?"
"Alhamdulilah dah ibu. Baru selesai makan tadi. Ibu? Ayah sihat?"
"Alhamdulilah. Semua sihat alhamdulilah. Bila Mani nak balik rumah?" soal ibunya.
"InsyaAllah malam esok Mani ibu. Tiket pun dah beli."
"Ayah dah risau. Kenapa la Mani balik lambat sangat."
"Mani nak siapkan hal sikit ibu. Sebab itu la Mani balik lewat. Kenapa la ayah risau sangat." Katanya sambil tersenyum.
"Entah la ayah kamu itu. Macam la kamu ini tak balik. Kawan-kawan Mani semua dah balik ke?"
"Zue tak balik lagi. Dia pun balik esok jugak."
"Mani, ada orang datang rumah ini. InsyaAllah selamat sampai la kamu nanti."
"Esok Mani telefon ibu la ye."
"Kirim salam kat Zue. Assalamualaikum" ucap ibunnya sambil memutuskan talian.
"Waalaikummussalam."

"Zue, mak aku kirim salam." Kata Amani menghadap Zulaikha yang sedang menonton televisyen.
"Waalaikummussalam."
"Ayah aku risau sangat pasal aku. Risau kenapa aku balik lewat."
"Biasalah, anak dara dia. Mesti la risau lebih. Entah-entah dia dah ada calon untuk kau. Sebab itu la dia risau."
"Merepek tak habis-habis la kau ini."
"Mana la tahu."
"Malas la aku layan kau. Lebih baik aku layan Facebook." Kata Amani sambil berdiri.
"Mengaku saja la. Kau sayang dia Mani." Kata Zulaikha sambil menjeling ke arah Amani.
"Apa pula kau mengarut ini Mani?"
"Buat-buat tak faham la pula."
"Terus terang saja Zue. Jangan nak berkias."
"Kau sayang Adwa. Kau tak boleh lupakan dia kan?"
"Kau ini tak habis-habis nak sebut pasal dia. Boleh tak kau jangan sebut nama dia." Kata Amani, bersuara keras. Geram.
"Maaf. Aku gurau saja. Kau jangan ambil hati. Aku minta maaf." Kata Zulaikha, merendahkan suaranya.
"Aku pun minta maaf. Aku tak dapat kawal emosi aku. Kau jangan sebut nama dia lagi. Aku dalam proses nak lupakan dia."
"Ye la Mani." Kata Zulaikha sambil mendekati Amani.

BERSAMBUNG...........................................................
"






Rabu, 25 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 3)


"Mani, jom keluar kejap. Aku lapar la." Ajak Zulaikha sambil duduk di sebelah Amani.

"Lapar? Masak la." Kata Amani terus menonton televisyen, fokus terhadap rancangan kegemarannya.
"Aku teringin nak makan tom yam. Kau masak untuk aku. Boleh?" Soal Zulaikha.
"Tom yam? Mana ada bahan."
"Tolong la Mani. Aku lapar ini." Pujuk gadis itu.
"Ye la. Tapi kena keluar beli bahan la."
"Bahan-bahan itu biar aku yang bayar. Kau jangan risau. Tugas kau masak je."
"Ye la." Kata Amani terus fokus menonton televisyen.
"Kau ini. Semua ya. Tak bergerak pun. Jom la."
"Kejap la. Tunggu rancangan ini habis. Tak lari gunung dikejar."
"Aku tak kejar gunung. Aku cuma risau kedai itu tutup."
"Kejap aje. 10 minit lagi habis la cerita ini. Kau pergi la bersiap dulu. Aku kejap aje. Kau yang lama." kata Amani.
"Ish, kau ini!" Zulaikha bangkit dan terus ke biliknya untuk bersiap.
Hanya tinggal mereka berdua yang tinggal di rumah sewa tersebut. Kawan-kawan yang lain telah balik ke kampung masing-masing. Dia dan Zulaikha pula pulang ke kampung agak lewat sedikit kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Lagipun, 2 minggu lagi mereka akan praktikum. Oleh itu, terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan.
"Aku dah siap." Kata Zulaikha kepada Amani.
"Kejap." Amani mengenakan tudung di hadapan cermin.
"Jom!" Katanya kepada Zulaika setelah keluar dari bilik.
Mereka berdua berjalan beriringan ke kedai runcit yang berdekatan.
"Esok kita pergi pekan? Aku nak beli tiket." Beritahu Amani kepada Zulaikha.
"Ye la. Aku pun nak beli barang."

"Kau nak balik terus ke?" Soal Izzat kepada Adwa.
"Aku nak beli barang sikit. Kalau kau nak balik. Balik la dulu." Beritahu Adwa.
"Aku pun nak beli barang juga."
"Jom."

"Aish, banyaknya kau ambil. Sikit aje. Kita berdua aje kan." Kata Amani kepada Zulaikha.
"Hehe. Biasa la orang lapar."
Entah mengapa dompet Amani terlepas dari tangan. Dompetnya jatuh hampir dengan kaki Adwa. Belum sempat dia mengambil. Adwa telah mengambilnya dan memberi kepadanya.
"Lain kali hati-hati ya Amani." Kata Adwa.
"Terima kasih." Amani terus mengambil dompetnya dari tangan Adwa. Dia terus berlalu.
Dia amat terkejut apabila Adwa yang memberi kepadanya. Sungguh. Dia tak perasan.
'Macam mana la dompet ini boleh terlepas' ucap Amani dalam hatinya.
Dia agak malu. Dia mendekati Zulaikha yang sedang mengambil bahan. Dia kaget. Jantungnya tak henti-henti berdegup. Zulaikha hanya tersenyum. Dia memahami apa yang dialami Amani sekarang. Zulaikha ke kaunter untuk membayar barang yang diambilnya tadi. Amani melangkah keluar kedai. Dia sering menunggu di luar kedai kalau dia tiada barang untuk dibeli. Lagipun dia tak selesa berada di dalam kedai. Tak nak bersesak dengan orang.
"Tak balik kampung lagi ke?" Soal Adwa mendekati Amani di depan kedai.
"Belum lagi." Jawabnya pendek.
'Lambatnya Zue ini.'
"Kenapa tak balik lagi? Dah cuti kan?" Soal Adwa lagi.
"Ada kerja sikit." Kata Amani sambil tersenyum.
Adwa hanya mengangguk.
"Adwa?" Soal gadis itu.
"Biasa la, dah habis. Nak uruskan apa yang patut. Amani praktikum semester depan kan?"
"Aah. 2 minggu lagi."
Zulaikha menghampiri Amani.
"Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum." Kata Amani dan terus berlalu bersama Zulaikha.
"Waalaikummussalam," Adwa melemparkan senyuman sambil mengangguk.
"Itu Amani kan?" Soal Izzat menghampiri Adwa.
"Aah, kenapa?" Soal Adwa kembali.
"Ingat lagi kau kat dia."
"Tak kan la aku lupa. Dah la. Jom. Aku tak solat Zohor lagi ini."
Adwa terus berlalu. Izzat memberikan ekspresi muka yang agak berlainan.

BERSAMBUNG......................................................................


Isnin, 23 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 2)


"Kau dah jilidkan tesis kau tu?" soal Izzat sambil mengambil karipap di depannya. Lapar seharian tidak makan. Sibuk menguruskan kerja-kerja terakhir berada di Universiti Teknologi Mara.

"Dalam proses, banyak lagi kerja aku yang tak siap lagi. Aku risau la Zat." Jawab Adwa.
"Apa kau nak risau? Buat slow-slow. Lama-lama siap la. Tak payah nak gopoh. Tak lari gunung dikejar. Tengok aku. Steady je."
"Kau memang. Semua okey. Tak ada yang tak okey."
"Ish, mana la nasi aku ni. Dah lama tunggu, aku lapar ni." Rungutnya sambil melilau-lilau mencari kelibat pekerja kedai makan.
"Kata steady. Sabar la kejap."
"Bab makan aku kurang sikit. Aku tak tahan sabar. Hal-hal lain serahkan kepada Encik Izzat Mohammad."
"Berlagak!"
"Sekali sekala tak mengapa Encik Adwa."
Pekerja kedai makan menghantar pesanan mereka.
"Terima kasih." Ucap Adwa.
Pekerja kedai makan berlalu selepas selesai menghantar pesanan mereka.
"Mana pulak Riz ni. Lambat betul." Rungut Izzat lagi.
"Dia lambat sikit kut. Maklum lah sibuk dengan persatuan. Presiden lagi. Semester depan praktikum. Tambah-tambah sibuk la budak tu."
"Ye la. Kau abang dia. Memang seorang yang memahami. Aku makan dulu. Lapar."
Adwa hanya menggeleng kepala melihat gelagat Izzat.
"Assalamualaikum." Sapa Mukhriz sambil duduk di sebelah Adwa.
"Waalaikummussalam. Lambat dik. Sibuk ke?" Soal Adwa.
"Sibuk sikit bang. Akhir-akhir semester macam ni la. Macam-macam kerja kena buat."
"Ye la. Order la makan tu. Abang belanja."
"Untungla. Kau pun belanja aku jugak nie Wa?" Tanya Izzat, tersengih.
"Kau kan ada duit. Bayar la. Aku belanja Riz je."
"Kedekut! Ada ubi ada batas lain hari aku balas. Huh."
Mereka ketawa mendengar kata-kata daripada Izzat.
"Aku tak nampak ubi pun Zat kat sini." Seloroh Adwa, menyakat kawan baiknya itu.
"Mentang-mentang la Riz tu adik kesayangan kau. Aku ni disisihkan la? Sedih aku Wa. Sampai hati kau buat aku macam ni." Kata Izzat dengan nada sedih.
"Relaks la bang. Jangan la sedih." Pujuk Mukhriz.
"Kau ni touching lebih la Zat. Aku gurau je pun. Kau antara kesayangan aku. Tak payah risau. Aku belanja kau."
"Macam tu la kawan aku dunia akhirat." Izzat menunjukkan thumbs up.
"Tadi kau cakap. Aku antara orang kesayangan kau. Siapa lagi yang lain. Selain aku, Riz, family, mak ayah kau." Sakat Izzat.
"Biarlah rahsia."
"Uhuh! Kontroversi. Apa pun, nak buat majlis nanti. Ajak aku. Kalau kau tak beritahu aku. Menangis aku."
"InsyaAllah kalau ada jodoh. Makan la. Aku ada banyak hal lagi nak urus ni."
"Okey bos!" kata Izzat dan Mukhriz serentak.

Hati lelaki ini sukar menidakkan perasaan cinta. Dia pasti. Dia cintakannya kerana Allah. InsyaAllah kalau ada jodoh akan diungkapkan kata-kata itu dan terus melamarnya menjadi suri hati ini. Namun, dia tak pasti sama ada dia mampu ataupun tidak. Dia ragu terhadap perasaan. Mana tahu, gadis tersebut akan menolak hasrat hatinya. Itu dia berserah kepada Yang Maha Mengetahui. Dia hanya mampu berdoa.

.....................................................................................................................................................................

"Mani, kau ni asyik mengelamun je la. Ada masalah ye?" Soal Zulaikha sambil menghampiri Amani yang sedang menonton televisyen.
"Eh kau Zue. Tak ada lah." Kataku sambil tersenyum ke arahnya.
" Ye la tu. Kau tengok tv tu sampai nak berlubang. Memang kau ada problem la Mani. Beritahu aku. Mana tahu aku dapat bantu selesaikan masalah kau."
"Entahla Zue. Sehari dua ni aku selalu teringatkan dia. Aku cuba nak kikis imej dia dari minda aku. Tapi tak boleh Zue."
"Angau kau lagi la ni. Patut la. Aku nak suruh kau lupakan dia. Mustahil."
"Em, apa kata aku kenalkan kau dengan kawan aku. Handsome. Baik punya la."
"Uish, kau ni buat lawak pulak."
"Dah tu. Nak buat macam mana lagi nak lupakan si 'dia' tu. Tak ada cara lain Mani."
"Astaghfirullahhal'azim Zue. Aku lalai. Aku ingat dia lebih aku ingatkan Allah. Sepatutnya aku berdoa. Meminta pertolongan daripadaNya. Bukan termenung. Astaghfirullah." ucapku sambil meraup mukanya dengan tangan kanannya.
"Lebih baik kau solat. Baca Al-Quran nak tenangkan jiwa kau tu."
Aku hanya mengangguk dan berdiri. Aku kembali duduk dan memeluk Zulaikha.
"Thanks Zue."
"Aku tak buat apa-apa pun Mani. Semuanya atas diri kau. Aku sebagai kawan perlu untuk aku ingatkan kau kepada Allah."
Aku meleraikan pelukan dan berlalu pergi untuk mengambil wuduk. Aku perlu tenangkan diriku.


BERSAMBUNG.......................................



Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 1)


Angin petang di taman amat mendamaikan. Seronok melihat gelagat pengunjung di taman. Ada yang datang bersama keluarga. Ada yang bersenam. Suasana itu membuatkan hati terhibur. Kadang-kadang hati ini terusik mengenangkan si dia apabila bersendirian. Mungkin diri ini tak layak untuknya.

"Amani", kedengaran seseorang memanggil.
" Oh, kau Zue. Ingatkan siapa tadi. Tak bagi salam pun" kataku sambil menoleh ke arah Zulaikha, sahabat baikku.
" Aku dah bagi salam tadi, kau yang tak jawab. Termenung ingatkan dia la tu kan?" duga Zulaikha sambil duduk di bangku bersebelahanku.
"Ish tak de la Zue. Siapa la aku ni nak ingatkan dia? Tak layak Zue."
"Kau ni selalu cakap macam tu. Mana tahu kau ada jodoh dengan dia. Semua tu ketentuan Allah."
"Aku tahu Zue. Tapi siapa la aku ni. Aku....."
"Dah. Tak payah fikir lagi. Kalau kau yakin dia jodoh kau. Berdoalah kau dengan dia akan bersatu. Kalau tak, doakan dia bahagia. Aku pun sentiasa doakan kau." Kata Zulaikha sambil memegang tanganku.
"InsyaAllah. Kau doakan untuk aku ye".
"InsyaAllah. Dah la. Jom balik. Dah lewat ni." Ajak Zulaikha sambil berdiri.
Aku hanya mengangguk dan turut berdiri. Kami pulang ke rumah tidak jauh dari taman tersebut.

Sejak bertemu dengannya buat kali pertama. Hati ini telah terpaut. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Namun, mustahil untukku ungkapkan kata cinta. Aku tak mahu menjadi perigi yang mencari timba. Walaupun pada dasarnya, Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW yang memulakan perkenalan. Aku manusia biasa yang mempunyai sifat pemalu. Amat mustahil bagiku. Aku sukar untuk menyingkirkan perasaan ini dari hati. Aku insan biasa yang memiliki naluri untuk menyintai dan dicintai.


BERSAMBUNG.........................................

Sabtu, 21 Januari 2012

Alam Bunian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dah lama tak menulis dan tak update blog. Alam Bunian. Bunyi macam menarik kan? Kita sering tengok filem dan drama berdasarkan alam bunian. Macam cerita Misteri Jalan Lama (tak pasti berkait atau tidak) dan Sumpah Bunian (slot Lagenda, tv3). Hari ini, baru sahaja berlaku pagi tadi. Keluarga saya mengalaminya. Memang terkejut apabila mak menceritakan kejadian yang berlaku kepada kakak ipar saya. Meremang bulu roma. Tak sangka kakak ipar 'disorok' Bunian. Alhamdulillah segalanya dapt diselesaikan dengan bantuan ayah saudara. Seperti yang kita tahu yang kita tidak boleh melihat mereka. Tapi mereka boleh melihat kita. Itulah yang berlaku pada kakak iparku itu. Dengan kuasa Tuhan semuanya boleh terjadi. Kasihan pada abang tadi yang hilang arah mencari isterinya. Panggilan tidak dijawab tapi SMS dibalas. Mengikut kata mak tadi, kakak iparku mempunyai hubungan dengan orang bunian tersebut. Hubungan apa, saya tak pasti. Yang pasti dia dibawa untuk dinikahkan dengan 'orang sana'. Memang tak tercapai dek akal. Tapi itu kenyataannya. Alam Bunian itu wujud. Mungkin hidupnya sama dengan kehidupan kita di alam nyata. Ada yang jahat dan baik. Apa yang pasti kita berlindung kepada Yang Satu iaitu Allah. Pinta lah pertolongan daripadaNya. Segalanya mempunyai hikmah yang tersendiri. Itu satu ujian daripada Allah. Allah menguji kita sama ada iman kita kuat atau lemah. Berserah lah kepadaNya. Hanya kepadaNya kita kembali. Wassalam.

Rabu, 11 Januari 2012

Perempuan dan Gadis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari nie saya nak cerita pasal hati perempuan. Hati perempuan memang sensitif. Sangat sensitif. Bila-bila masa je boleh menangis tanpa sebab. Hati perempuan memang lemah. Sebab itu la perempuan memerlukan lelaki yang sejati untuk merawat kesedihannya. Semua itu telah ditentukan oleh Allah. Lelaki mampu melindungi perempuan. Dalam Firman Allah ada mengatakan 'Lelaki lebih kuat daripada perempuan' (Betulkan kalau salah). Lelaki-lelaki di luar sana jangan pelik tengok perempuan mudah menangis. Ada yang mengatakan perempuan mudah menangis sebab manja. Tak semestinya. Itulah cara dia melegakan perasaan dia. Jika tiada sesiapa untuk meluahkan perasaan atau berat untuk meluahkan perasaan kepada seseorang (kawan baik). Begitulah caranya. Selain meluahkan perasaan kepada Allah. Ya, perempuan amat lemah. Oleh itu, memahami la perasaan itu. Ada juga yang memendam perasaan. Satu hari akan meletus juga. Satu je, bergantung kepada Allah kerana Allah menciptakan kita. Dia amat memahami kita.

*Menulis berdasarkan perasaan sendiri dan pemahaman.

Ahad, 8 Januari 2012

Dugaan Masa Exam




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nape ngan gambar di atas? Ya, saya mahu makan Chicken Chop. Sangat inginkannya. Tapi sayang, tak de orang nak tolong belikan. Nak buat tak pandai. Lagipun x de bahan. Amat sedih. Balik kampung nie benda pertama yang saya nak, saya nak chicken chop. Amat kempunan. Huhuhu.

Saya pun nak makan Prosperity Burger! yang penting nak Curly Fries! Wah! best! Nak makan! Sape la yang sudi sponsor makan! Nak harapkan dia. Lambat lagi la. Tolong la sape yang baek hati. Tolong la penuhi impian saya nie. Amat berharap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...