Rabu, 25 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 3)


"Mani, jom keluar kejap. Aku lapar la." Ajak Zulaikha sambil duduk di sebelah Amani.

"Lapar? Masak la." Kata Amani terus menonton televisyen, fokus terhadap rancangan kegemarannya.
"Aku teringin nak makan tom yam. Kau masak untuk aku. Boleh?" Soal Zulaikha.
"Tom yam? Mana ada bahan."
"Tolong la Mani. Aku lapar ini." Pujuk gadis itu.
"Ye la. Tapi kena keluar beli bahan la."
"Bahan-bahan itu biar aku yang bayar. Kau jangan risau. Tugas kau masak je."
"Ye la." Kata Amani terus fokus menonton televisyen.
"Kau ini. Semua ya. Tak bergerak pun. Jom la."
"Kejap la. Tunggu rancangan ini habis. Tak lari gunung dikejar."
"Aku tak kejar gunung. Aku cuma risau kedai itu tutup."
"Kejap aje. 10 minit lagi habis la cerita ini. Kau pergi la bersiap dulu. Aku kejap aje. Kau yang lama." kata Amani.
"Ish, kau ini!" Zulaikha bangkit dan terus ke biliknya untuk bersiap.
Hanya tinggal mereka berdua yang tinggal di rumah sewa tersebut. Kawan-kawan yang lain telah balik ke kampung masing-masing. Dia dan Zulaikha pula pulang ke kampung agak lewat sedikit kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Lagipun, 2 minggu lagi mereka akan praktikum. Oleh itu, terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan.
"Aku dah siap." Kata Zulaikha kepada Amani.
"Kejap." Amani mengenakan tudung di hadapan cermin.
"Jom!" Katanya kepada Zulaika setelah keluar dari bilik.
Mereka berdua berjalan beriringan ke kedai runcit yang berdekatan.
"Esok kita pergi pekan? Aku nak beli tiket." Beritahu Amani kepada Zulaikha.
"Ye la. Aku pun nak beli barang."

"Kau nak balik terus ke?" Soal Izzat kepada Adwa.
"Aku nak beli barang sikit. Kalau kau nak balik. Balik la dulu." Beritahu Adwa.
"Aku pun nak beli barang juga."
"Jom."

"Aish, banyaknya kau ambil. Sikit aje. Kita berdua aje kan." Kata Amani kepada Zulaikha.
"Hehe. Biasa la orang lapar."
Entah mengapa dompet Amani terlepas dari tangan. Dompetnya jatuh hampir dengan kaki Adwa. Belum sempat dia mengambil. Adwa telah mengambilnya dan memberi kepadanya.
"Lain kali hati-hati ya Amani." Kata Adwa.
"Terima kasih." Amani terus mengambil dompetnya dari tangan Adwa. Dia terus berlalu.
Dia amat terkejut apabila Adwa yang memberi kepadanya. Sungguh. Dia tak perasan.
'Macam mana la dompet ini boleh terlepas' ucap Amani dalam hatinya.
Dia agak malu. Dia mendekati Zulaikha yang sedang mengambil bahan. Dia kaget. Jantungnya tak henti-henti berdegup. Zulaikha hanya tersenyum. Dia memahami apa yang dialami Amani sekarang. Zulaikha ke kaunter untuk membayar barang yang diambilnya tadi. Amani melangkah keluar kedai. Dia sering menunggu di luar kedai kalau dia tiada barang untuk dibeli. Lagipun dia tak selesa berada di dalam kedai. Tak nak bersesak dengan orang.
"Tak balik kampung lagi ke?" Soal Adwa mendekati Amani di depan kedai.
"Belum lagi." Jawabnya pendek.
'Lambatnya Zue ini.'
"Kenapa tak balik lagi? Dah cuti kan?" Soal Adwa lagi.
"Ada kerja sikit." Kata Amani sambil tersenyum.
Adwa hanya mengangguk.
"Adwa?" Soal gadis itu.
"Biasa la, dah habis. Nak uruskan apa yang patut. Amani praktikum semester depan kan?"
"Aah. 2 minggu lagi."
Zulaikha menghampiri Amani.
"Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum." Kata Amani dan terus berlalu bersama Zulaikha.
"Waalaikummussalam," Adwa melemparkan senyuman sambil mengangguk.
"Itu Amani kan?" Soal Izzat menghampiri Adwa.
"Aah, kenapa?" Soal Adwa kembali.
"Ingat lagi kau kat dia."
"Tak kan la aku lupa. Dah la. Jom. Aku tak solat Zohor lagi ini."
Adwa terus berlalu. Izzat memberikan ekspresi muka yang agak berlainan.

BERSAMBUNG......................................................................


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...