Ahad, 29 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 4)


Zulaikha tersenyum lebar melihat Amani mendiamkan diri.

"Kau okey tak ini?" Soal Zulaikha.
"Okey aje." Jawabnya pendek.
"Betul ini?"
"Betul la."
"Nampak macam tak okey saja." Kata Zulaikha sambil menjeling ke arah Amani. Jelingan yang bermakna.
"Aku okey la. Kau ini yang salah anggap."
"Yelah itu. Padahal dalam hati dup dap dup dap." Kata Zulaikha sambil tergelak kecil.
Amani mencubit lengan Zulaikha.
"Aduh! Sakit la." Kata Zulaikha sambil menggosok-gosok tempat yang dicubit.
"Ada hati nak usik aku. Kan dah kena." Amani hanya tersenyum.
"Macam la aku tak tahu perasaan kau itu. Aku faham la."
Amani hanya diam.
"Mogok la tu."
"Tak sangka pulak dia tegur kau. Biasanya senyum pun tak. Hari ini hari istimewa kot. Senyum melebar sampai telinga kot tadi. Ataupun dia suka kat kau."
"Apa yang kau merepek ini?" Kata Amani sambil menggelengkan kepala.
"Mana tahu betul."
"Tak mungkin la Zue. Dia terlalu baik untuk aku. Aku tak sesuai untuk dia."
"Jodoh di tangan Tuhan. Kita tak tahu."
Amani hanya diam. Dia tak nak bagi ulasan dengan lebih lanjut.
....................................................................................................................................................

'Istikharah cinta memanggilku
memohon petunjukMu
satu nama teman setia naluriku berkata
di penantian luahan rasa
teguh satu pilihan
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu'

Telefon berdering minta diangkat. 'Bonda Tersayang' tertera di skrin. Segera dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalam ibu. Ibu sihat?" soalnya sambil duduk di kerusi.
"Alhamdulilah ibu sihat. Mani?" Soal ibunya kembali.
"Alhamdulilah bu."
"Dah makan ke?"
"Alhamdulilah dah ibu. Baru selesai makan tadi. Ibu? Ayah sihat?"
"Alhamdulilah. Semua sihat alhamdulilah. Bila Mani nak balik rumah?" soal ibunya.
"InsyaAllah malam esok Mani ibu. Tiket pun dah beli."
"Ayah dah risau. Kenapa la Mani balik lambat sangat."
"Mani nak siapkan hal sikit ibu. Sebab itu la Mani balik lewat. Kenapa la ayah risau sangat." Katanya sambil tersenyum.
"Entah la ayah kamu itu. Macam la kamu ini tak balik. Kawan-kawan Mani semua dah balik ke?"
"Zue tak balik lagi. Dia pun balik esok jugak."
"Mani, ada orang datang rumah ini. InsyaAllah selamat sampai la kamu nanti."
"Esok Mani telefon ibu la ye."
"Kirim salam kat Zue. Assalamualaikum" ucap ibunnya sambil memutuskan talian.
"Waalaikummussalam."

"Zue, mak aku kirim salam." Kata Amani menghadap Zulaikha yang sedang menonton televisyen.
"Waalaikummussalam."
"Ayah aku risau sangat pasal aku. Risau kenapa aku balik lewat."
"Biasalah, anak dara dia. Mesti la risau lebih. Entah-entah dia dah ada calon untuk kau. Sebab itu la dia risau."
"Merepek tak habis-habis la kau ini."
"Mana la tahu."
"Malas la aku layan kau. Lebih baik aku layan Facebook." Kata Amani sambil berdiri.
"Mengaku saja la. Kau sayang dia Mani." Kata Zulaikha sambil menjeling ke arah Amani.
"Apa pula kau mengarut ini Mani?"
"Buat-buat tak faham la pula."
"Terus terang saja Zue. Jangan nak berkias."
"Kau sayang Adwa. Kau tak boleh lupakan dia kan?"
"Kau ini tak habis-habis nak sebut pasal dia. Boleh tak kau jangan sebut nama dia." Kata Amani, bersuara keras. Geram.
"Maaf. Aku gurau saja. Kau jangan ambil hati. Aku minta maaf." Kata Zulaikha, merendahkan suaranya.
"Aku pun minta maaf. Aku tak dapat kawal emosi aku. Kau jangan sebut nama dia lagi. Aku dalam proses nak lupakan dia."
"Ye la Mani." Kata Zulaikha sambil mendekati Amani.

BERSAMBUNG...........................................................
"






Rabu, 25 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 3)


"Mani, jom keluar kejap. Aku lapar la." Ajak Zulaikha sambil duduk di sebelah Amani.

"Lapar? Masak la." Kata Amani terus menonton televisyen, fokus terhadap rancangan kegemarannya.
"Aku teringin nak makan tom yam. Kau masak untuk aku. Boleh?" Soal Zulaikha.
"Tom yam? Mana ada bahan."
"Tolong la Mani. Aku lapar ini." Pujuk gadis itu.
"Ye la. Tapi kena keluar beli bahan la."
"Bahan-bahan itu biar aku yang bayar. Kau jangan risau. Tugas kau masak je."
"Ye la." Kata Amani terus fokus menonton televisyen.
"Kau ini. Semua ya. Tak bergerak pun. Jom la."
"Kejap la. Tunggu rancangan ini habis. Tak lari gunung dikejar."
"Aku tak kejar gunung. Aku cuma risau kedai itu tutup."
"Kejap aje. 10 minit lagi habis la cerita ini. Kau pergi la bersiap dulu. Aku kejap aje. Kau yang lama." kata Amani.
"Ish, kau ini!" Zulaikha bangkit dan terus ke biliknya untuk bersiap.
Hanya tinggal mereka berdua yang tinggal di rumah sewa tersebut. Kawan-kawan yang lain telah balik ke kampung masing-masing. Dia dan Zulaikha pula pulang ke kampung agak lewat sedikit kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Lagipun, 2 minggu lagi mereka akan praktikum. Oleh itu, terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan.
"Aku dah siap." Kata Zulaikha kepada Amani.
"Kejap." Amani mengenakan tudung di hadapan cermin.
"Jom!" Katanya kepada Zulaika setelah keluar dari bilik.
Mereka berdua berjalan beriringan ke kedai runcit yang berdekatan.
"Esok kita pergi pekan? Aku nak beli tiket." Beritahu Amani kepada Zulaikha.
"Ye la. Aku pun nak beli barang."

"Kau nak balik terus ke?" Soal Izzat kepada Adwa.
"Aku nak beli barang sikit. Kalau kau nak balik. Balik la dulu." Beritahu Adwa.
"Aku pun nak beli barang juga."
"Jom."

"Aish, banyaknya kau ambil. Sikit aje. Kita berdua aje kan." Kata Amani kepada Zulaikha.
"Hehe. Biasa la orang lapar."
Entah mengapa dompet Amani terlepas dari tangan. Dompetnya jatuh hampir dengan kaki Adwa. Belum sempat dia mengambil. Adwa telah mengambilnya dan memberi kepadanya.
"Lain kali hati-hati ya Amani." Kata Adwa.
"Terima kasih." Amani terus mengambil dompetnya dari tangan Adwa. Dia terus berlalu.
Dia amat terkejut apabila Adwa yang memberi kepadanya. Sungguh. Dia tak perasan.
'Macam mana la dompet ini boleh terlepas' ucap Amani dalam hatinya.
Dia agak malu. Dia mendekati Zulaikha yang sedang mengambil bahan. Dia kaget. Jantungnya tak henti-henti berdegup. Zulaikha hanya tersenyum. Dia memahami apa yang dialami Amani sekarang. Zulaikha ke kaunter untuk membayar barang yang diambilnya tadi. Amani melangkah keluar kedai. Dia sering menunggu di luar kedai kalau dia tiada barang untuk dibeli. Lagipun dia tak selesa berada di dalam kedai. Tak nak bersesak dengan orang.
"Tak balik kampung lagi ke?" Soal Adwa mendekati Amani di depan kedai.
"Belum lagi." Jawabnya pendek.
'Lambatnya Zue ini.'
"Kenapa tak balik lagi? Dah cuti kan?" Soal Adwa lagi.
"Ada kerja sikit." Kata Amani sambil tersenyum.
Adwa hanya mengangguk.
"Adwa?" Soal gadis itu.
"Biasa la, dah habis. Nak uruskan apa yang patut. Amani praktikum semester depan kan?"
"Aah. 2 minggu lagi."
Zulaikha menghampiri Amani.
"Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum." Kata Amani dan terus berlalu bersama Zulaikha.
"Waalaikummussalam," Adwa melemparkan senyuman sambil mengangguk.
"Itu Amani kan?" Soal Izzat menghampiri Adwa.
"Aah, kenapa?" Soal Adwa kembali.
"Ingat lagi kau kat dia."
"Tak kan la aku lupa. Dah la. Jom. Aku tak solat Zohor lagi ini."
Adwa terus berlalu. Izzat memberikan ekspresi muka yang agak berlainan.

BERSAMBUNG......................................................................


Isnin, 23 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 2)


"Kau dah jilidkan tesis kau tu?" soal Izzat sambil mengambil karipap di depannya. Lapar seharian tidak makan. Sibuk menguruskan kerja-kerja terakhir berada di Universiti Teknologi Mara.

"Dalam proses, banyak lagi kerja aku yang tak siap lagi. Aku risau la Zat." Jawab Adwa.
"Apa kau nak risau? Buat slow-slow. Lama-lama siap la. Tak payah nak gopoh. Tak lari gunung dikejar. Tengok aku. Steady je."
"Kau memang. Semua okey. Tak ada yang tak okey."
"Ish, mana la nasi aku ni. Dah lama tunggu, aku lapar ni." Rungutnya sambil melilau-lilau mencari kelibat pekerja kedai makan.
"Kata steady. Sabar la kejap."
"Bab makan aku kurang sikit. Aku tak tahan sabar. Hal-hal lain serahkan kepada Encik Izzat Mohammad."
"Berlagak!"
"Sekali sekala tak mengapa Encik Adwa."
Pekerja kedai makan menghantar pesanan mereka.
"Terima kasih." Ucap Adwa.
Pekerja kedai makan berlalu selepas selesai menghantar pesanan mereka.
"Mana pulak Riz ni. Lambat betul." Rungut Izzat lagi.
"Dia lambat sikit kut. Maklum lah sibuk dengan persatuan. Presiden lagi. Semester depan praktikum. Tambah-tambah sibuk la budak tu."
"Ye la. Kau abang dia. Memang seorang yang memahami. Aku makan dulu. Lapar."
Adwa hanya menggeleng kepala melihat gelagat Izzat.
"Assalamualaikum." Sapa Mukhriz sambil duduk di sebelah Adwa.
"Waalaikummussalam. Lambat dik. Sibuk ke?" Soal Adwa.
"Sibuk sikit bang. Akhir-akhir semester macam ni la. Macam-macam kerja kena buat."
"Ye la. Order la makan tu. Abang belanja."
"Untungla. Kau pun belanja aku jugak nie Wa?" Tanya Izzat, tersengih.
"Kau kan ada duit. Bayar la. Aku belanja Riz je."
"Kedekut! Ada ubi ada batas lain hari aku balas. Huh."
Mereka ketawa mendengar kata-kata daripada Izzat.
"Aku tak nampak ubi pun Zat kat sini." Seloroh Adwa, menyakat kawan baiknya itu.
"Mentang-mentang la Riz tu adik kesayangan kau. Aku ni disisihkan la? Sedih aku Wa. Sampai hati kau buat aku macam ni." Kata Izzat dengan nada sedih.
"Relaks la bang. Jangan la sedih." Pujuk Mukhriz.
"Kau ni touching lebih la Zat. Aku gurau je pun. Kau antara kesayangan aku. Tak payah risau. Aku belanja kau."
"Macam tu la kawan aku dunia akhirat." Izzat menunjukkan thumbs up.
"Tadi kau cakap. Aku antara orang kesayangan kau. Siapa lagi yang lain. Selain aku, Riz, family, mak ayah kau." Sakat Izzat.
"Biarlah rahsia."
"Uhuh! Kontroversi. Apa pun, nak buat majlis nanti. Ajak aku. Kalau kau tak beritahu aku. Menangis aku."
"InsyaAllah kalau ada jodoh. Makan la. Aku ada banyak hal lagi nak urus ni."
"Okey bos!" kata Izzat dan Mukhriz serentak.

Hati lelaki ini sukar menidakkan perasaan cinta. Dia pasti. Dia cintakannya kerana Allah. InsyaAllah kalau ada jodoh akan diungkapkan kata-kata itu dan terus melamarnya menjadi suri hati ini. Namun, dia tak pasti sama ada dia mampu ataupun tidak. Dia ragu terhadap perasaan. Mana tahu, gadis tersebut akan menolak hasrat hatinya. Itu dia berserah kepada Yang Maha Mengetahui. Dia hanya mampu berdoa.

.....................................................................................................................................................................

"Mani, kau ni asyik mengelamun je la. Ada masalah ye?" Soal Zulaikha sambil menghampiri Amani yang sedang menonton televisyen.
"Eh kau Zue. Tak ada lah." Kataku sambil tersenyum ke arahnya.
" Ye la tu. Kau tengok tv tu sampai nak berlubang. Memang kau ada problem la Mani. Beritahu aku. Mana tahu aku dapat bantu selesaikan masalah kau."
"Entahla Zue. Sehari dua ni aku selalu teringatkan dia. Aku cuba nak kikis imej dia dari minda aku. Tapi tak boleh Zue."
"Angau kau lagi la ni. Patut la. Aku nak suruh kau lupakan dia. Mustahil."
"Em, apa kata aku kenalkan kau dengan kawan aku. Handsome. Baik punya la."
"Uish, kau ni buat lawak pulak."
"Dah tu. Nak buat macam mana lagi nak lupakan si 'dia' tu. Tak ada cara lain Mani."
"Astaghfirullahhal'azim Zue. Aku lalai. Aku ingat dia lebih aku ingatkan Allah. Sepatutnya aku berdoa. Meminta pertolongan daripadaNya. Bukan termenung. Astaghfirullah." ucapku sambil meraup mukanya dengan tangan kanannya.
"Lebih baik kau solat. Baca Al-Quran nak tenangkan jiwa kau tu."
Aku hanya mengangguk dan berdiri. Aku kembali duduk dan memeluk Zulaikha.
"Thanks Zue."
"Aku tak buat apa-apa pun Mani. Semuanya atas diri kau. Aku sebagai kawan perlu untuk aku ingatkan kau kepada Allah."
Aku meleraikan pelukan dan berlalu pergi untuk mengambil wuduk. Aku perlu tenangkan diriku.


BERSAMBUNG.......................................



Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 1)


Angin petang di taman amat mendamaikan. Seronok melihat gelagat pengunjung di taman. Ada yang datang bersama keluarga. Ada yang bersenam. Suasana itu membuatkan hati terhibur. Kadang-kadang hati ini terusik mengenangkan si dia apabila bersendirian. Mungkin diri ini tak layak untuknya.

"Amani", kedengaran seseorang memanggil.
" Oh, kau Zue. Ingatkan siapa tadi. Tak bagi salam pun" kataku sambil menoleh ke arah Zulaikha, sahabat baikku.
" Aku dah bagi salam tadi, kau yang tak jawab. Termenung ingatkan dia la tu kan?" duga Zulaikha sambil duduk di bangku bersebelahanku.
"Ish tak de la Zue. Siapa la aku ni nak ingatkan dia? Tak layak Zue."
"Kau ni selalu cakap macam tu. Mana tahu kau ada jodoh dengan dia. Semua tu ketentuan Allah."
"Aku tahu Zue. Tapi siapa la aku ni. Aku....."
"Dah. Tak payah fikir lagi. Kalau kau yakin dia jodoh kau. Berdoalah kau dengan dia akan bersatu. Kalau tak, doakan dia bahagia. Aku pun sentiasa doakan kau." Kata Zulaikha sambil memegang tanganku.
"InsyaAllah. Kau doakan untuk aku ye".
"InsyaAllah. Dah la. Jom balik. Dah lewat ni." Ajak Zulaikha sambil berdiri.
Aku hanya mengangguk dan turut berdiri. Kami pulang ke rumah tidak jauh dari taman tersebut.

Sejak bertemu dengannya buat kali pertama. Hati ini telah terpaut. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Namun, mustahil untukku ungkapkan kata cinta. Aku tak mahu menjadi perigi yang mencari timba. Walaupun pada dasarnya, Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW yang memulakan perkenalan. Aku manusia biasa yang mempunyai sifat pemalu. Amat mustahil bagiku. Aku sukar untuk menyingkirkan perasaan ini dari hati. Aku insan biasa yang memiliki naluri untuk menyintai dan dicintai.


BERSAMBUNG.........................................

Sabtu, 21 Januari 2012

Alam Bunian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dah lama tak menulis dan tak update blog. Alam Bunian. Bunyi macam menarik kan? Kita sering tengok filem dan drama berdasarkan alam bunian. Macam cerita Misteri Jalan Lama (tak pasti berkait atau tidak) dan Sumpah Bunian (slot Lagenda, tv3). Hari ini, baru sahaja berlaku pagi tadi. Keluarga saya mengalaminya. Memang terkejut apabila mak menceritakan kejadian yang berlaku kepada kakak ipar saya. Meremang bulu roma. Tak sangka kakak ipar 'disorok' Bunian. Alhamdulillah segalanya dapt diselesaikan dengan bantuan ayah saudara. Seperti yang kita tahu yang kita tidak boleh melihat mereka. Tapi mereka boleh melihat kita. Itulah yang berlaku pada kakak iparku itu. Dengan kuasa Tuhan semuanya boleh terjadi. Kasihan pada abang tadi yang hilang arah mencari isterinya. Panggilan tidak dijawab tapi SMS dibalas. Mengikut kata mak tadi, kakak iparku mempunyai hubungan dengan orang bunian tersebut. Hubungan apa, saya tak pasti. Yang pasti dia dibawa untuk dinikahkan dengan 'orang sana'. Memang tak tercapai dek akal. Tapi itu kenyataannya. Alam Bunian itu wujud. Mungkin hidupnya sama dengan kehidupan kita di alam nyata. Ada yang jahat dan baik. Apa yang pasti kita berlindung kepada Yang Satu iaitu Allah. Pinta lah pertolongan daripadaNya. Segalanya mempunyai hikmah yang tersendiri. Itu satu ujian daripada Allah. Allah menguji kita sama ada iman kita kuat atau lemah. Berserah lah kepadaNya. Hanya kepadaNya kita kembali. Wassalam.

Rabu, 11 Januari 2012

Perempuan dan Gadis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari nie saya nak cerita pasal hati perempuan. Hati perempuan memang sensitif. Sangat sensitif. Bila-bila masa je boleh menangis tanpa sebab. Hati perempuan memang lemah. Sebab itu la perempuan memerlukan lelaki yang sejati untuk merawat kesedihannya. Semua itu telah ditentukan oleh Allah. Lelaki mampu melindungi perempuan. Dalam Firman Allah ada mengatakan 'Lelaki lebih kuat daripada perempuan' (Betulkan kalau salah). Lelaki-lelaki di luar sana jangan pelik tengok perempuan mudah menangis. Ada yang mengatakan perempuan mudah menangis sebab manja. Tak semestinya. Itulah cara dia melegakan perasaan dia. Jika tiada sesiapa untuk meluahkan perasaan atau berat untuk meluahkan perasaan kepada seseorang (kawan baik). Begitulah caranya. Selain meluahkan perasaan kepada Allah. Ya, perempuan amat lemah. Oleh itu, memahami la perasaan itu. Ada juga yang memendam perasaan. Satu hari akan meletus juga. Satu je, bergantung kepada Allah kerana Allah menciptakan kita. Dia amat memahami kita.

*Menulis berdasarkan perasaan sendiri dan pemahaman.

Ahad, 8 Januari 2012

Dugaan Masa Exam




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nape ngan gambar di atas? Ya, saya mahu makan Chicken Chop. Sangat inginkannya. Tapi sayang, tak de orang nak tolong belikan. Nak buat tak pandai. Lagipun x de bahan. Amat sedih. Balik kampung nie benda pertama yang saya nak, saya nak chicken chop. Amat kempunan. Huhuhu.

Saya pun nak makan Prosperity Burger! yang penting nak Curly Fries! Wah! best! Nak makan! Sape la yang sudi sponsor makan! Nak harapkan dia. Lambat lagi la. Tolong la sape yang baek hati. Tolong la penuhi impian saya nie. Amat berharap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...