Isnin, 23 Januari 2012

Dalam Diam Ku Mencintaimu (Part 1)


Angin petang di taman amat mendamaikan. Seronok melihat gelagat pengunjung di taman. Ada yang datang bersama keluarga. Ada yang bersenam. Suasana itu membuatkan hati terhibur. Kadang-kadang hati ini terusik mengenangkan si dia apabila bersendirian. Mungkin diri ini tak layak untuknya.

"Amani", kedengaran seseorang memanggil.
" Oh, kau Zue. Ingatkan siapa tadi. Tak bagi salam pun" kataku sambil menoleh ke arah Zulaikha, sahabat baikku.
" Aku dah bagi salam tadi, kau yang tak jawab. Termenung ingatkan dia la tu kan?" duga Zulaikha sambil duduk di bangku bersebelahanku.
"Ish tak de la Zue. Siapa la aku ni nak ingatkan dia? Tak layak Zue."
"Kau ni selalu cakap macam tu. Mana tahu kau ada jodoh dengan dia. Semua tu ketentuan Allah."
"Aku tahu Zue. Tapi siapa la aku ni. Aku....."
"Dah. Tak payah fikir lagi. Kalau kau yakin dia jodoh kau. Berdoalah kau dengan dia akan bersatu. Kalau tak, doakan dia bahagia. Aku pun sentiasa doakan kau." Kata Zulaikha sambil memegang tanganku.
"InsyaAllah. Kau doakan untuk aku ye".
"InsyaAllah. Dah la. Jom balik. Dah lewat ni." Ajak Zulaikha sambil berdiri.
Aku hanya mengangguk dan turut berdiri. Kami pulang ke rumah tidak jauh dari taman tersebut.

Sejak bertemu dengannya buat kali pertama. Hati ini telah terpaut. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Namun, mustahil untukku ungkapkan kata cinta. Aku tak mahu menjadi perigi yang mencari timba. Walaupun pada dasarnya, Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW yang memulakan perkenalan. Aku manusia biasa yang mempunyai sifat pemalu. Amat mustahil bagiku. Aku sukar untuk menyingkirkan perasaan ini dari hati. Aku insan biasa yang memiliki naluri untuk menyintai dan dicintai.


BERSAMBUNG.........................................

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...