Sabtu, 26 November 2011

Petanda Wanita Jatuh Cinta


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Jumaat, 25 November 2011

Khitbah (Nikah Gantung)



Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.

Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Selasa, 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda!!!


For the first time in my life, I watched soccer. Congrats Malaysia! I love you! Malaysia Boleh! Really having fun watched they played. So scary! My friend always shout when Indonesia player try to score. Finally, Malaysia win! Gold medal! Really proud to be Malaysian! Aish! Speaking plak. Salah blog. Hehehe… Tahniah teramat sangat diucapkan kepada skuad Harimau Muda yang memang gagah dan perkasa mengaum di padang Stadium Bung Karno semalam. Skuad telah berjaya menundukkan ego pemain dan penyokong Indonesia. Go Malaysia Go! Akhirnya, emas berada di genggaman Malaysia. Good job! Tahniah kepada Hero Malaya kita, Khairul Fahmi yang menjadi penyelamat semalam. You are the best Goal Keeper. Indonesia hentikan sikap mengutuk dan menghina Malaysia termasuk membakar, melakukan perkara yang tidak senonoh kerana kita serumpun. Kalah menang adat pertandingan. Kalau nak selalu menang, main sorang-sorang je la ek. Korang la pemenang korang la yang kalah. Adil kan? Nanti nak beli baju Malaysia. Semangat3!


Sabtu, 19 November 2011

Special Day ^_^

Tanggal 16hb November 2011, kami telah menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Memang seronok sangat. Suka tengok kanak-kanak menari hasil usaha sendiri walaupun tak seberapa. Puas. Dapat kritikan dan pujian. Tak kan goyah dek kritikan yang agak membina itu. Mulai hari Khamis lagi dah mula merindui kanak-kanak tue semua. Azim, Akim, Pija, Ain, Anas, Iman, Awatif, Nabila, Nadia,Firdaus, Amshad dan paling dirindui Hafiz sebab tak dapat jumpa dia seminggu lebih sebelum persembahan tue. Pelbagai onak duri dan suka duka yang telah ditempuhi semasa mengajar mereka. Semua comel. Saya amat suka kanak-kanak. Terima kasih buat semua anak-anak tersayang cikgu yang bantu cikgu siapkan tugasan. Sangat menghargainya. Terima kasih yang tak terhingga buat semua cikgu yang memberi kerjasama dan menolong kami terutamanya Cikgu Fendi, Cikgu Siti dan cikgu-cikgu yang lain serta PPM. (Maaf tak tahu nama semua cikgu)

comel-comel! (^_^)

Penat menanti! Cepat la habis!

Terima kasih Cikgu Affendy!


Jumaat, 18 November 2011

Yuna - Penakut lirik



Saya amat penakut! Takut untuk mengakui cinta kepadanya!
Relate to BERHENTI BERHARAP entry.

Berhenti Berharap

Saat ini, waktu ini, aku nak berhenti aku nak berharap kepadanya. Kenapa? Mungkin perjalanan aku masih jauh lagi. Amat jauh. Mungkin aku nie penakut. Ya! Aku tak layak untuknya. Aku akan lepaskan dia jauh-jauh. Aku takut. Takut dia tak menerima. Setakat ini sahaja aku mampu. Cepat benar aku putus asa. Sebab aku tahu aku tak layak untuknya. Kepada sesiapa yang berkenan jangan jadi macam aku. Cepat berputus asa. Fight for your love. Aku nie hanya dalam situasi Love in Silent. Tak tahu statusnya. Love in Silent (Cinta Dalam Diam) memang perit. Kena banyak bersabar. Aku berhenti menyukainya bukan kerana aku tak sukakan dia, tapi mungkin dia milik orang lain. Kita pendam perasaan bukan kerna kita menipu diri sendiri, tapi kita tidak pasti sama ada dia sukakan kita. Mungkin memendam lebih baik. Kalau terluka, hanya diri sendiri yang menanggung. Adakah ia tak adil? Aku redha je kalau aku terluka sebab ramai lagi yang lebih terluka dari aku. Lebih parah luka di hatinya. Mungkin juga aku mempunyai sebab lain kenapa aku membuat keputusan untuk berhenti menyukainya. Mungkin aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Aku sendiri tak pasti dengan perasaan ini. Penat untuk beremosi. Lepaskan perasaan itu lebih baik. Tapi yang pasti hati ini milik Allah. InsyaAllah. Pasti.


KEEP ON SMILING (^_^)

Selasa, 1 November 2011

Aiman Azlan

Who is he?? Buah hati aku kah?? Abang aku kah?? atau kawan aku?? Semuanya salah. Lelaki bernama Aiman Azlan nie adalah vlogger yang amat aku minati. Amat?? Ya, amat minat. Kenapa saya minat dia??? Em kenapa ya??? Aku bagi 10 sebab kenapa aku suka dia

  • Dia berkaca mata - Aku memang suka orang berkaca mata nie, nampak smart.
  • Hensem dan manis - Hensem ek?? Hensem, cukup kriteria lelaki idaman Malaya.
  • Sense of humor - Dalam Vlog dia, memang banyak sangat unsur-unsur lawak yang diterapkan. Memang hilang stress la kalau tengok video dia. Suka video dia yang bertajuk 'Boys Problems' dan 'Marriage Proposal'.
  • Vlog yang berinformasi - Vlog yang dia buat tue memang menarik. Selalunya dia akan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Jawapan yang dia bagi amat memuaskan hati (for me).
  • Vlog islamik - Dia memang suka menguploadkan vlog yang berunsur islamik. Jawapan yang dia bagi memang akan menyentuh soal agama. Dia akan sebut pasal Nabi Muhammad dan sebagainya.
  • Sama Negeri - aku amat suka dengan orang sama negeri dengan aku. Suka amat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...