Isnin, 3 Februari 2014

Menghitung Hari

Asssalamualaikum. Tajuk macam lagu Kris Dayanti. Memang menghitung hari pun nie. Tak lama dah. Teruja? Gembira? Entah la. Rasa macam tak ada perasaan pulak. Eh..takut dan gementar. Rasa macam tak nak menghitung je. Biar je hari itu tiba. Ye dop? Kejap! Bukan menghitung hari nak kahwin ye. Menghitung hari nak sambung belajar balik. Well, very excited to finish this studies. Dah penat nak simpan kenangan pahit manis tanjong malim dalam fikiran. Hahaha. Bak kata orang, setiap saat setiap ketika nak kenang kalau kenangan manis...tapi kalau yang pahit terus nak buang. Tapi kenangan pahit yang selalu terlekat dalam minda daripada yang manis. Dalam keterujaan tu, terasa cemas,panik,takut pun ada ni. Tesis ma! Aiyak! Tak sentuh pun lagi. Apa nak jadi?!Maaf encik! Saya goyang kaki je kat rumah. Harap2 dia faham la ye. Student suka buat last minute. Kena banyak berkorban la semester akhir ni. Korban cuti. Korban cinta. Cuti? Tak boleh janji. Kita suka rumah. Pantang cuti..kena balik. Cinta? Of couse sanggup. Sebab kita tak ada cinta hati lagi. Jadi tak da siapa yang merana. Tapi ada kena korban 1. Korban kuliah. Kena ponteng 1 2 kelas nanti. Harap2 tak la ye. Paling leceh nak tulis surat. Pihak universiti sangat2 cerewet la. Dalam cuti panjang ni, ramai yang bina masjid ye. Masing2 ambil peluang cuti lama. Kawan 1 rumah dah bergelar isteri. Jeles2. Kawan2 sekolah dulu pun ramai kahwin. Walaupun tak dijemput, tak apa, kalau jemput pun tak boleh pergi. Tahniah kepada semua kawan2. InsyaAllah bahagia hingga syurga. Kita ni? No komen! Calon pasti ada. Kalau tak ada jodoh di alam fana. Di alam baqa menanti. InsyaAllah.
P/s : sedih kalau bff sendiri tak ajak pergi majlis walimah dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...