Sabtu, 26 November 2011

Petanda Wanita Jatuh Cinta


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Jumaat, 25 November 2011

Khitbah (Nikah Gantung)



Dalam adat orang Melayu, kebiasaannya perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang.

Namun, ada juga orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duan atau merendet) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum Thourndike “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam.

Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,”Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal.. iaitu BERNIKAH!”.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi.

Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Selasa, 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda!!!


For the first time in my life, I watched soccer. Congrats Malaysia! I love you! Malaysia Boleh! Really having fun watched they played. So scary! My friend always shout when Indonesia player try to score. Finally, Malaysia win! Gold medal! Really proud to be Malaysian! Aish! Speaking plak. Salah blog. Hehehe… Tahniah teramat sangat diucapkan kepada skuad Harimau Muda yang memang gagah dan perkasa mengaum di padang Stadium Bung Karno semalam. Skuad telah berjaya menundukkan ego pemain dan penyokong Indonesia. Go Malaysia Go! Akhirnya, emas berada di genggaman Malaysia. Good job! Tahniah kepada Hero Malaya kita, Khairul Fahmi yang menjadi penyelamat semalam. You are the best Goal Keeper. Indonesia hentikan sikap mengutuk dan menghina Malaysia termasuk membakar, melakukan perkara yang tidak senonoh kerana kita serumpun. Kalah menang adat pertandingan. Kalau nak selalu menang, main sorang-sorang je la ek. Korang la pemenang korang la yang kalah. Adil kan? Nanti nak beli baju Malaysia. Semangat3!


Sabtu, 19 November 2011

Special Day ^_^

Tanggal 16hb November 2011, kami telah menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Memang seronok sangat. Suka tengok kanak-kanak menari hasil usaha sendiri walaupun tak seberapa. Puas. Dapat kritikan dan pujian. Tak kan goyah dek kritikan yang agak membina itu. Mulai hari Khamis lagi dah mula merindui kanak-kanak tue semua. Azim, Akim, Pija, Ain, Anas, Iman, Awatif, Nabila, Nadia,Firdaus, Amshad dan paling dirindui Hafiz sebab tak dapat jumpa dia seminggu lebih sebelum persembahan tue. Pelbagai onak duri dan suka duka yang telah ditempuhi semasa mengajar mereka. Semua comel. Saya amat suka kanak-kanak. Terima kasih buat semua anak-anak tersayang cikgu yang bantu cikgu siapkan tugasan. Sangat menghargainya. Terima kasih yang tak terhingga buat semua cikgu yang memberi kerjasama dan menolong kami terutamanya Cikgu Fendi, Cikgu Siti dan cikgu-cikgu yang lain serta PPM. (Maaf tak tahu nama semua cikgu)

comel-comel! (^_^)

Penat menanti! Cepat la habis!

Terima kasih Cikgu Affendy!


Jumaat, 18 November 2011

Yuna - Penakut lirik



Saya amat penakut! Takut untuk mengakui cinta kepadanya!
Relate to BERHENTI BERHARAP entry.

Berhenti Berharap

Saat ini, waktu ini, aku nak berhenti aku nak berharap kepadanya. Kenapa? Mungkin perjalanan aku masih jauh lagi. Amat jauh. Mungkin aku nie penakut. Ya! Aku tak layak untuknya. Aku akan lepaskan dia jauh-jauh. Aku takut. Takut dia tak menerima. Setakat ini sahaja aku mampu. Cepat benar aku putus asa. Sebab aku tahu aku tak layak untuknya. Kepada sesiapa yang berkenan jangan jadi macam aku. Cepat berputus asa. Fight for your love. Aku nie hanya dalam situasi Love in Silent. Tak tahu statusnya. Love in Silent (Cinta Dalam Diam) memang perit. Kena banyak bersabar. Aku berhenti menyukainya bukan kerana aku tak sukakan dia, tapi mungkin dia milik orang lain. Kita pendam perasaan bukan kerna kita menipu diri sendiri, tapi kita tidak pasti sama ada dia sukakan kita. Mungkin memendam lebih baik. Kalau terluka, hanya diri sendiri yang menanggung. Adakah ia tak adil? Aku redha je kalau aku terluka sebab ramai lagi yang lebih terluka dari aku. Lebih parah luka di hatinya. Mungkin juga aku mempunyai sebab lain kenapa aku membuat keputusan untuk berhenti menyukainya. Mungkin aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Aku sendiri tak pasti dengan perasaan ini. Penat untuk beremosi. Lepaskan perasaan itu lebih baik. Tapi yang pasti hati ini milik Allah. InsyaAllah. Pasti.


KEEP ON SMILING (^_^)

Selasa, 1 November 2011

Aiman Azlan

Who is he?? Buah hati aku kah?? Abang aku kah?? atau kawan aku?? Semuanya salah. Lelaki bernama Aiman Azlan nie adalah vlogger yang amat aku minati. Amat?? Ya, amat minat. Kenapa saya minat dia??? Em kenapa ya??? Aku bagi 10 sebab kenapa aku suka dia

  • Dia berkaca mata - Aku memang suka orang berkaca mata nie, nampak smart.
  • Hensem dan manis - Hensem ek?? Hensem, cukup kriteria lelaki idaman Malaya.
  • Sense of humor - Dalam Vlog dia, memang banyak sangat unsur-unsur lawak yang diterapkan. Memang hilang stress la kalau tengok video dia. Suka video dia yang bertajuk 'Boys Problems' dan 'Marriage Proposal'.
  • Vlog yang berinformasi - Vlog yang dia buat tue memang menarik. Selalunya dia akan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Jawapan yang dia bagi amat memuaskan hati (for me).
  • Vlog islamik - Dia memang suka menguploadkan vlog yang berunsur islamik. Jawapan yang dia bagi memang akan menyentuh soal agama. Dia akan sebut pasal Nabi Muhammad dan sebagainya.
  • Sama Negeri - aku amat suka dengan orang sama negeri dengan aku. Suka amat.


Ahad, 16 Oktober 2011

Istikharah Cinta with Lyrics by Sigma

Cinta Dalam Diam

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Ahad, 2 Oktober 2011

Kekasih senyapku....

Kecian kat dia sangat-sangat...dia sakit gigi...saya tahu peritnya sakit itu...dah pernah rasa...pernah tak tidur sebab sakit gigi. Tahan k. Awak boleh!! Makan ubat, panadol ke, insyaAllah boleh tahan sakit tue. Lepas tue, boleh la pergi klinik cabut gigi. Kekasih senyapku. Aku dah nekad nak cintainya secara diam. Kenapa aku buat macam tu??? Sebab aku tak nak lukakan perasaan sesiapa. Biar la aku sedih dan pedih hati menahan perasaan ini. Tiba-tiba jew jadi jiwang kan. Aku boleh, insyaAllah akan cuba yang terbaik. Aku tetap akan doakan semoga aku dipertemukan jodoh dengan dia. Kalau nak luahkan perasaan, macam mana?? Aku fail pasal hal macam ni. Nak handle kanak-kanak pun aku masih dalam pembelajaran. InsyaAllah kalau ada masa yang sesuai akan cuba beritahu dia jugak. Jika keadaan dan Allah mengizikan. Mungkin aku akan meminangnya. Just joking. Tapi ok jew kan. Hehehe. Terpengaruh dengan kisah CINTA SMS karya Aiman Azlan.

Selasa, 2 Ogos 2011

Kenalan Muka Buku atau Internet...


Kenalan di facebook. Boleh dipercayai ke...??? Ada sesetengah orang jumpa pasangan mereka melalui internet. Baik atau buruk??? I don't know much about it. It's depends. Everyone have their one opinion. Tapi satu je pesanan aku, kena berhati-hati. Macam-macam orang yang boleh kita temui dalam alam maya nie. Nama pun alam maya, banyak benda yang kita tak tahu. Tentang jodoh di internet tue...NO KOMEN...sebab aku tak pernah alami dan orang sekeliling aku pun tak pernah alami jugak. Kenapa kita harus berhati-hati???

  1. Probability untuk menipu orang adalah sangat tinggi kerana kalau di internet nie susah sikit nak kesan. Security dia teramat rendah.
  2. Kat internet juga ada sindiket untuk mengikis duit orang dengan cara memikat seseorang itu. Aku tahu hal ini daripada sebuah majalah. Mereka merupakan orang asing ataupun bahasa inggerisnya foreigner. Dia akan usha mak cik-mak cik,nenek, especially perempuan dengan kata-kata manis untuk bagi duit untuk mereka. Macam-macam alasan yang diorang bagi. Dia usha sampai kaum perempuan nie sanggup melakukan perbuatan yang memalukan(ehem2).
  3. Kalau ada orang mintak no phone jangan senang2 nak bagi. Takut2 apa2 terjadi. Faham-faham je la, dah la sekarang nie banyak kes budak perempuan hilang.
  4. Kalau sesiapa nak webcam dengan anda dan anda tak mengenalinya. Jangan sesekali terima. Selidik dulu siapa si dia tue. Mana tahu takut2 terjadi aksi2 panas ke?? Who knows??
Tips keselamatan untuk laptop anda.
  • Letakkan stiker @ apa2 je untuk menutup kamera webcam sebab dipercayai bahawa anda mampu diperhatikan tanpa pengetahuan anda.

Jangan mudah terdaya sangat dengan kenalan di internet nie. Tak semua yang tak boleh dipercayai, ada yang tulus, tapi yang penting. BE ALERT!!! Kenalan mampu dicari dengan cara tradisional. Kalau masuk universiti,kolej, tempat kerja pun dapat kawan. Pergi melancong pun boleh dapat kawan. Cuma kena ramah tapi jangan terlebih ramah pulak..hehehe... Ingat 1 je k...

KAWAN BIAR BERJUTA, MUSUH BIAR TIADA...^_^

oppss...ada lagi...

KAWAN KETAWA SENANG DICARI, KAWAN SEDIH SUSAH DITEMUI...

SO...CARILAH KAWAN SEJATI...MUNGKIN ADA DI SEKELILING ANDA. BE ALERT K.

fIgHtInG!!!!! (^_^)

p/s : I dah terkena tapi alhamdulilah dapat elak sebelum apa2 berlaku.

Sabtu, 30 Julai 2011

Manis dalam pahit di PLKN


Kehidupan di PLKN tak lah seindah mana, kehidupan di PLKN diibaratkan kehidupan para tentera di kem-kem latihan. Walaupun aku ke PLKN suka dalam paksaan,namun banyak telah aku pelajari di sana. Ya, hatiku meronta-ronta mengatakan aku amat bencikan PLKN, tapi aku terpaksa juga menjejakkan kaki ke kem yang telah ditempatkan. Ya, jiwa aku terseksa, aku stress. Namun banyak yang telah aku pelajari di sana. Di sana aku mengenali dunia sebenar. Dunia realiti remaja sekarang yang membuatkan aku tersedar dari mimpi yang indah kepada mimpi yang buruk. Misi aku, aku ingin mengubah cara hidup remaja sekarang kepada kehidupan yang sepatutnya mereka lalui. Benar, aku kaget dengan budaya remaja sekarang, sekali gus membuatkan hati ini sedih dan sayu. Namun, aku tiada daya untuk mengubah mereka. Ilmu belum cukup di dada. Insya-Allah Allah akan kurniakan hidayah kepada mereka. Tak semua yang aku lalui pahit, ada juga manis yang terselit di sebaliknya. Alhamdulillah Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang sejati, kawan-kawan yang mampu aku percayai. Aku baru sedar aku tidak keseorangan di sana. Ramai yang sayangkan aku. PLKN memberi banyak manfaat kepadaku, memberi aku keyakinan diri dalam melakukan sesuatu. Aku dapat merasai pengalaman menembak yang belum pernah aku cuba seumur hidup aku. Senjata Colt M16 merupakan senjata pertama yang aku pegang, terketar-ketar jugak tanganku untuk memegangnya. Agak berat juga. Pertama kali terdengar bunyi tembakan, fuh! Mahu tercabut jantung aku. Terkejut ya amat. Telinga pun sakit, tapi pengalaman ini tak akan aku lupakan. Pertama kali melakukan aktiviti lasak seperti Flying Fox dan Abseiling, memang menguji ketahanan diri. Nervous tak boleh nak cakap. Lebih-lebih lagi Abseiling, fuh! Takut, tapi tak puas hati buat sekali, rasa nak buat 2,3 kali. Masa buat aktiviti air pulak, water confident, fuh! Sama nervous juga, cikgu suruh berenang. Selama dalam hayat tak pernah berenang, itulah kali pertama aku berenang dalam hidup. Ingatkan tak sampai kat tebing, tapi alhamdulillah sampai, terkejut jugak dengan kemampuan yang ada. Macam naik kayak jugak, kayuh punya kayuh, kayak hanyut dibawa air, punya la lama berkayuh, sampai lenguh tangan, nasib baik ada jurulatih yang bagi semangat, kalau tak, tak sampai kat tebing. Kalau nak cerita pengalaman kat PLKN memang tak habis. Macam-macam cerita ada. Yang boleh membuatkan kita gila pun ada. Di sana aku mengenal erti sabar, aku semakin tough walaupun ada kejadian sedih yang berlaku ketika aku menjalani latihan di sana, namun aku cuba tabah walaupun secara dalaman aku tak kuat menempuhi segala-galanya.

Khamis, 26 Mei 2011

APA MAKSUD CINTA???


What's the meaning of love??? Orang sering beritahu bahawa cinta tue subjektif. Betul ke...?? No comment!!! sebab aku sendiri pun tak tahu apa maksud cinta tue... adakah ia satu objek atau sesuatu yang boleh dimakan...hahaha...silly tol... Let's be serius!!! cinta merupakan satu perasaan gembira, sedih, duka. cinta memerlukan pengorbanan...Betul ke..??? Aku pun tak tahu, sebab aku tak pernah merasai perasaan cinta itu...tak dapat rasa betapa indahnya perasaan itu...indah ek??? Opss...sepatutnye aku interview orang yang sedang dilamun cinta sebelum aku tulis entri nie...silap aku...macam phrase kat atas tue..' love is like the stars. No matter how dark it gets, it will always light your way'. Cam tue ek...?? Maknenye orang bercinta nie sntiasa berada dalam keadaan gembira dan cerah la...??? walaupun masa tue gelap?? bukan ke orang kata cinta tue buta?? kita tak boleh nampak,kita nampak orang yang kita sayang je... hahahaha... how silly i am. Minta maaf buat orang yang dilamun cinta dan sedang menikmati manisnya cinta itu. aku pun tak tahu nak explain apa maknanya cinta. Cinta sememangnya buat kita jadi macam orang lain. yup, we will be a different person. Kita cuba segalanya untuk buat semua yang kita lakukan nampak perfect. Kalau bagi sang gadis of course die akan bergaya sehabis baik untuk nampak cantik bila bersama dengan kekasih hati. Kononnya, nak bagi kekasihnya bangga la, maklumlah cantik la katakan. Kalau aku la jadi lelaki, aku nak orang yang aku sayang nie, bergaya untuk aku je, tak payah make up. Semua tue fake, terima la kekasih dia tue dengan seadanya. Cantik tue datangnya dari hati bukannya paras rupa. Cantik luaran tue dikira bonus la. Aku ingat kata-kata ustaz kesayangan aku, semua makhluk ciptaan Tuhan nie semuanya indah,cantik. Manusia la makhluk yang paling mulia Allah ciptakan kat muka bumi nie. Ada akal, boleh berfikir, cukup lengkap pakejnya. Cuma ada segelintir manusia yang kurang bersyukur atas kelebihan yang diberikan. Opss...menyimpang sudah...minta maaf...lari tajuk... Kita masuk tajuk balik. Cinta sesuatu yang abstrak, sukar diungkapkan dengan kata-kata perasaan yang dirasai tue. Cinta tak lengkap kalau tanpa pengorbanan. Pengorbanan merupakan bukti betapa sayangnya dan kasihnya seseorang itu terhadap kekasihnya. Ini semua hanya pendapat aku je, secara teori, bukan secara praktikal. Aku nak tulis lebih-lebih pun tak guna sebab aku tak merasai lagi perasaan cinta berlainan jantina nie...aku cuma rasa cinta kepada mak,ayah, keluarga. Cinta kepada Allah dan Rasullulah insyaAllah.

p/s : bengang dengan b.band!!!!

Sabtu, 30 April 2011

Insan bernama LELAKI


Apa pandangan anda mengenai penyataan di atas..??setuju atau tidak??? bagi aku...aku rasa statement hampir-hampir betul. Sebab aku lebih sukakan lelaki yang boleh buat kita ketawa kalau bersama dengan dia. Kalau lelaki yang suka buat lawak, kalau dengan dia asyik bergurau je. Kita rasa kita amat selesa kalau ada bersama dia. Hari-hari nak spend time dengan dia. Lelaki yang boleh buat kita ketawa dapat melepaskan stress kita kalau bersama dia...sebab kalau dengan dia kita asyik ketawa je memanjang. Walaupun dia tak la hensem mana...orang kata boleh tahan la...tapi bila bersama dengan dia, kita rasa happy memanjang...it's good...macam entri yang Mr K post kat blog dia....sex appeal seseorang yang membuat kita tertarik dengan dia..walaupun muka tak hensem tapi hati baik...aku rasa it's better daripada muka hensem tapi perangai??? Macam v-log yang matluthfi post kat you tube tue...bukan semua cantik subjektif...aku suka kata-kata dia in the end of video...ramai orang boleh jadi cantik dengan muka, pakaian,badan...tapi berapa ramai boleh jadi cantik dengan perangai....apa yang penting...peribadi yang baik....well, ada sesetengah kaum aku nie dia jenis mata duitan, jenis suka lelaki yang hensem...tapi bagi aku...yang paling penting...peribadi dan sahsiah yaang mantop...hensem @ cute @ hot tue kira bonus la...kalau ada lelaki yang complete semua nie alhamdulilah...seperti syariat islam jugak, kita kena utamakan agama dia dulu berbanding perkara-perkara lain...kalau agama dia sempurna insyaAllah perkara lain pun sempurna jugak...so, guys and girls out there...kalau nak cari pasangan hidup carilah orang yang pentingkan agamanya dahulu...yang lain perkara kedua k...chill out!!!

Rabu, 27 April 2011

Bertuah Dapat Suami Macam Nie...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu

kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya

lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia

kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya

bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya

mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka

bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa

depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini

senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning

sickness yang teruk sekali bagi isteri

saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.

Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,

kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja

solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur

kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,

sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya

sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran

sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan

sebelum mengandung pun saya akan membaca

Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur

sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya

sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam

kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu

sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan

janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya

ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermuladengan

kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab

'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata

saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin

survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak

berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan

anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada

kemudian hari adalah diluar bidang kuasa

saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,

zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali

bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar

email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar

tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya

untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya

yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak

kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah

waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua

pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub

conscius mind) adalah paling optimum ketika

ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan

kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke

ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah

ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al

fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam

hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah

di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah

dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai

mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda

beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati

isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan

berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa

sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir

anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang

menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya

bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan

anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An

Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa

Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik

Hanafi

sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam

Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia

dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu

aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang

belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin

disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)

ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga

sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak

dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik

akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih

segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri

kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita

sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang

membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa

berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah

sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya

nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh

Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah

para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu

kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara

saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa

pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak

dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin

disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi

saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak

yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang

dan

bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri

saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami

akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa

depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim

piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga

sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini

saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud

salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam

hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan

saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya

biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak

akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu

dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti

saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia

tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu

banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud

menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki

jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya

kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya

telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'

dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam

hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan

cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan

muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


P/S : Cite nie copy daripada lmn web lain jgk...saje nak sharing...sharing is caring...=)

Bertuah sangat kalau dapat suami macam nie...care pasal wife dia...siap baca yasin lagi...mantop!!!!!

Sabtu, 23 April 2011

Ciri-ciri Lelaki Gentleman


Kajian telah dilakukan di luar negara. Tak tahu pulak negara mana. Yang pasti bukan di Malaysia. Wanita yang terlibat dalam kajian tersebut majoriti lebih berminat kepada lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  1. Membuka pintu - Lelaki yang gentleman nie akan membuka pintu saat seseorang itu nak masuk. Bukannya tukang bukak pintu ye. Kalau kebetulan ada orang belakang dia, dia bukak. Ataupun kalau couple, semestinya perempuan suka kalau lelaki tolong buka pintu untuk dia. Buat lelaki di luar sana. Nak jadi lelaki gentleman kena la ikut cara nie ye.
  2. Bagi Tempat duduk - Dalam train atau bas atau tempat-tempat public kalau dia nampak pak cik,mak cik, perempuan, atau pun kaum-kaum yang lemah nie, dia akan bagi tempat duduk kepada mereka. Aku suka tengok lelaki macam nie. Tambahan pula kalau kerusi tepi dia kosong, dia sanggup pindah tempat duduk nak bagi budak perempuan duduk.
  3. Tutup telefon - Waktu dia bersama dia kita dia akan tutup handphone. Dia nak menikmati saat bersama la kot..hehehe

Pendapat aku pulak. Ciri-ciri lelaki gentleman

  1. Dia hormat semua orang di sekekeling dia terutamanya orang yang lebih tua.
  2. Dia seorang yang jaga percakapannya.
  3. Sanggup menjatuhkan ego lelakinya saat dia melakukan tanggungjawab yang berat. Contohnya, dia tak buat salah tapi dia minta maaf.

P/S : hehehe...sebenarnya ada 5 ciri-ciri..tapi tak ingat...yang penting. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Semua manusia ada kelemahan tak de seorang pun yang perfect. Yang perfect hanya Allah S.W.T.

Wallahualam

Kawan....Friends....Chingoo...Tomodachi










Kawan??? Apa maksud kawan??? Maksud kawan bagi aku ialah seseorang yang 'kamceng' dengan kita. Nak kata memahami tue tak semestinya memahami, tapi yang paling penting kawan tue tempat kita meluahkan perasaan saat kita gembira, murka, sedih, teruja@excited, stress dan seangkatan dengannya. Seorang kawan yang sejati tue, kita boleh percaya dengan dia. Dia boleh simpan rahsia, boleh buat kita gembira saat kita sedih, saat kita bersama dengan dia kita rasa gembira dan selesa. Dia boleh tenangkan kita, boleh pujuk kita saat kita menangis dan memerlukan seseorang. Kawan yang sejati jugak boleh menerima kita seadanya dan tegur kita tika kita buat salah. Nak cari kawan yang sejati terlalu susah. Kawan yang nangis bersama susah nak cari. Kita kena menghargai semua kawan-kawan kita walaupun diorang tak berapa nak 'kamceng' dengan kita. Kawan yang sejati jugak kawan yang sanggup berkorban apa sahaja demi kawannya, tapi jangan sampai terlebih. Nanti kita jugak yang merana. Setakat aku hidup selama 19 tahun nak masuk 20 tahun nie, aku amat bersyukur Allah kurniakan teman-teman yang baik kepada aku. Alhamdulilah. Aku gembira sangat. Mereka la pengubat duka dan lara aku serta buat aku happy sepanjang ketiadaan keluarga di sisi. Terima kasih ye kawan-kawan. Anda semua kawan terbaek ku. Aku tak akan sesekali lupakan kamu semua. Kamu semua kawan dunia akhirat aku.


Selasa, 19 April 2011

IU -Congnamul Song 콩나물송

Isnin, 18 April 2011

Kena Belajar....



Wahai Afifah Adnan!!! belajar!!! jangan malas!!! Hari rabu nie dah nak exam...sedarlah wahai insan....bersiap-siap lah anda di medan peperangan...medan peperiksaan...sabar sikit je...jangan nak dok goyang kaki pulak...baca la segala nota itu...kalau boleh rebus sekali....biar masuk sikit dalam minda dan fikiran anda tue...melekat sikit...
Untuk rakan-rakan...selamat menghadapi peperiksaan akhir!!! selamat belajar!!! buat sehabis baik ye!!!!maafkan lah segala kesilapan sama ada saya sedar atau pun tidak...yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa...yang lemah itu datangnya dari saya....maafkan lah diri ini....

Titik Permulaan


Ini bukan pertama kali aku menulis blog. Aku ada buat blog lain. Blog tempat aku meluahkan rasa hati aku. Blog baru aku nie aku akan cuba mengaktifkan. Kenapa aku namakan blog nie Aku, Dia, & Ice Blended??? Jawapannya...jeng...jeng..jeng (bunyi dram) sebab aku sukakan ice blended la...hehehe....mula-mula aku bukannya suka sangat ice blended nie...Entah kenapa tetiba je aku mula jatuh cinta dengan ice blended atau nama melayunya ais kisar...huhuhu...Ini semua gara-gara Ice Blended FEEKO...PERGHHHH!!! sekali rasa sejuta kali nak...mengancam tak mengancam....aku memang minat la ice blended dia tue...Ice Blended Chocolate je yang aku suka...perisa lain aku tak pandang...ehem..ehem...saya promote Ice Blended FEEKO nie....nanti pihak berkenan bagi upah ye...tak banyak saya mintak...bagi 1 Ice Blended Chocolate besar punye...hehehe....Jangan marah ye...saya hanya bergurau je...kalau nak bagi pun boleh....bak kata pepatah 'kecik tapak tangan, padang Stadium Bukit Jalil saya tadahkan' hehehe....maaf..maaf...yang penting...saya memang sudah jatuh hati la dengan Ice Blended nie...suka yang teramat, sama suka dengan suka komik...hehehe...I'm Lovin It...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...