Rabu, 1 Ogos 2012

Perihal Ramadhan

Assalamualaikum. Salam Ramadhan diucapkan walaupun sudah memasuki pertengahan Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulilah kita masih berpeluang bertemu penghulu bulan pada tahun 1433 H. Syukur Alhamdulilah. Semoga amalan dan ibadah kita di bulan yang mulia ini dapat dipertingkatkan. InsyaAllah. Ramadhan pada tahun ini disambut sederhana sahaja, memandangkan hanya ibu yang bersama kami kerana Ayah menyambut Ramadhan dan berhari raya di tanah suci Mekah. Alhamdulilah, Ramadhan pada kali ini amat berbeza daripada Ramadhan yang lepas. Tahun lepas, kami menyambut Ramadhan dan AidilFitri tanpa Ibu dan Ayah kerana kedua-duanya mengerjakan umrah. Tahun ini, cukup hanya Ibu dan Irfan yang mampu memeriahkan suasana.

Ramadhan? Ada apa dengan Ramadhan? Di bulan yang mulia ini, kita wajib untuk berpuasa. Puasa? Puasa ialah menahan lapar dan dahaga dari waktu fajar hingga waktu maghrib. Tapi harus diingat, kita bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, kita juga perlu menjaga lidah, mata dan telinga dari sesuatu yang tidak sepatutnya. Jika menahan lapar dan dahaga syarat sah puasa,wajib. Menjaga lidah, mata dan telinga adalah sunat. Jika kita hanya menahan lapar dan dahaga tapi tidak menjaga pandangan, puasa kita sah tapi kita tak dapat pahala puasa.

Di Bulan Ramadhan, terdapat 1 solat yang istimewa. Kita hanya dapat mengerjakan di bulan puasa sahaja. Solat Terawih. Solat ini boleh buat 8 rakaat ataupun 20 rakaat bersama 3 rakaat witir. Lebih afdal, jika mengerjakan 20 rakaat.

Ada satu lagi kelebihan bulan Ramadhan, iaitu Malam Lailatul Qadar. Semua umat manusia perlu terkejar-kejar mendapat malam istimewa ini. Apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam seribu bulan. Jika kita beribadat pada malam tersebut, kita diibaratkan beribadat selama seribu bulan. MasyaAllah, besarnya. Tapi harus diingat, jangan hanya beribadat pada malam itu sahaja, malam-malam lain pun kena buat jugak. Malam Lailatul Qadar ini tidak diketahui pada malam ke berapa. Cuma diberitahu pada 10 akhir Ramadhan.

Ramadhan itu bulan yang sangat istimewa. Tambahkan dan tingkatkan ibadah anda di bulan yang mulia ini.

*Peringatan untuk diri saya sendiri, keluarga dan orang di sekeliling saya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...