Isnin, 20 Mei 2013

Silent Love Again

Hati ini tak dapat ditipu. Allah maha mengetahui segalanya. Allah memiliki hati ini. Mungkin mulut boleh menipu tapi hakikatnya hati tak dapat. Ya Allah, kenapa kuat sekali perasaan ini terhadapnya? Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku, tolong jaga hati ini supaya menjadi miliknya suatu hari nanti. Ya Allah, tolong jaga imanku agar hati ini terus bertahan sayang kepadanya. Bukan sayang semata di dunia malah di akhirat. Sayang kepadanya keranaMu Ya Allah. Allah perancang segalanya. Jika dia adalah sebahagian daripadaku, temukan lah jodoh kami keranaMu Ya Allah. Peliharalah iman dan hatinya agar terus beribadah kepadaMu agar dia mampu menjadi imam yang sempurna di mataku. Engkau kuatkan lah imannya Ya Allah untuk terus membimbing aku menuju ke syurgaMu bersama-samanya. Peliharalah cinta kami jika kami saling mencintai keranaMu Ya Allah. Aku hanya hamba yang kerdil yang sering bergelumang dengan dosa-dosa dan noda-noda yang sentiasa dilakukan di dunia ini. Segala takdirku ditentukan oleh Mu di Luh Mahfuz. Aku berserah kepadaMu. Aku percaya kepada qada' dan qadarMu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...