Isnin, 27 Februari 2012

Girl's Letter





Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dalam mood tak dapat tidur lagi. Terfikir pulak nak bagi pesanan untuk orang yang disayangi dalam hidupku. Kalau orang tersayang baca entry ini, semoga anda mengerti anda amat dihargai.

Untuk Mak yang disayangi....
Mak,anda insan yang paling kusayangi dalam dunia ini. Mak adalah insan yang sangat penting dalam hidup. Kalau mak tak ada, maka adik tak akan wujud di bumi Allah ini. Maafkan anakmu ini andai pernah menyakiti hatimu. Kadang-kadang adik agak manja. Selalu menangis. Tapi mak sentiasa menenangkan perasaan ini. Adik merupakan insan yang bertuah kerana mempunyai mak yang sangat penyayang dan memahami anaknya. Terima kasih mak. Sayang mak dunia dan akhirat.

Untuk Ayah,
Walaupun ayah seorang yang agak garang terhadap anak-anaknya. Tapi keperluan anaknya sering dipenuhi. Ayah bekerja kuat untuk menyara anak-anaknya. Memberi segala keperluan dunia dan akhirat. Ayah tetap menolong anak-anaknya di kala kesusahan. Terima kasih ayah.

Untuk Angah,
Adik kasihan kat angah terpaksa bekerja kuat dalam perniagaan Angah. Sabar ye. InsyaAllah rezekimu akan bertambah. Angah seorang yang keras kepala tapi masih mempunyai kelembutan dalam hati. Mak dan ayah have to come first when your doing something. Redha Allah terletak di tangan Mak dan Ayah.

Untuk Achik,
Walaupun tak rapat dengan abang chik, tapi sayang itu tetap ada. Achik merupakan insan yang banyak melakukan pengorbanan demi Mak Ayah. Sampai sekarang pun tak kahwin lagi. Sangat ambik berat pasal adik-adiknya. Harap-harap achik cepat-cepat bertemu jodoh. InsyaAllah jodoh yang terbaik untuk achik. Amin.

Untuk Abang Wan dan Kak Pah,
Alhamdulilah wa syukurillah sebab nak bakal dapat anak ketiga. Wah, tak sabar nak pegang baby. Dah lama tak merasa. Rindu pula kat Irfan dan Ilham. Anak buah yang tak reti nak duduk diam. Harap-harap anak yang baru secomel mereka berdua. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ye! InsyaAllah semua akan dipermudahkan. Amin.

Untuk Abang dan Kak Sue,
Tahniah anda bakal berkahwin tanggal 27hb April nanti. Tak sangka kahwin jugak abang kesayanganku ini. Tak sabar nak tunggu majlis kahwin anda berdua. Saya pulak yang beria-ia. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Semoga sampai ke syurga Allah. Amin.

Untuk Kakakku,
Uit, walaupun kita tak sekepala tapi kadang-kadang kita agak rapat dalam sesuatu hal. Aku tahu kita tak banyak kongsi masalah. Ye la, aku seorang yang manja. Agak kuat memberontak. Aku juga yang selalu mengalah. Kau yang selalu kena marah dengan abang-abang apabila bergaduh dengan aku. Abang-abang selalu defend aku. Tapi aku sayang kau juga. Minta halal semuanya ye. Oh, satu lagi semoga cepat-cepat jumpa jodoh. Nanti aku pula yang kahwin dulu. Hehehe. Jangan marah.

Untuk Sahabat,
Terima kasih kerana terus berada di sisi di saat senang dan susah. Anda semua merupakan sahabat yang terbaik dalam hidup. Walaupun diri ini agak sensitif. Kamu semua agak sabar dengan sikapku. Terima kasih kerana selama ini sering mendengar keluhan, cerita, suka dan duka. Anda semua adalah penyeri hidup. Mewarnakan hidup ini yang agak suram. Terima kasih sekali lagi. Semua kita semua akan terus bersama. InsyaAllah.

Untuk Crush,
Terima kasih kerana membuatku merasai perasaan tersebut. Anda merupakan orang yang paling saya minat dalam sejarah hidup saya. Anda merupakan insan yang muncul sekejap dalam hidup saya. Anda pernah membuat saya tak keruan. Anda terlalu istimewa dalam hidup saya. Namun, pertemuan semalam membuatkan saya sedar bahawa kita tak sesuai. Saya tak layak. Pandangan negatif dan salah anggapan awak membuatkan saya kecewa dengan awk. Itu membuatkan saya sedar kita tak sesuai. Mungkin Allah mempertemukan kita semalam untuk menyedarkan saya bahawa awak bukan milik saya. Oleh kerana itu, saya
tak dapat menyembunyikan perasaan sedih dan kecewa itu. Terima kasih kerana mengingati nama saya. Saya fikir awak agak berlainan tapi saya kecewa melihat awak semalam. Terima kasih banyak-banyak. Awak telah banyak mengajar saya. Awak mengajar saya apa itu cinta dalam diam. Awak tak mengetahui perasaan saya selama ini. Hanya sia-sia. Terima kasih sekali lagi. InsyaAllah kita berdua akan mendapat jodoh yang sesuai untuk diri masing-masing. Malam ini, akan ku tutup perasaan ini dan akan ku buang.

Untuk Other Half,
Walaupun saya masih tak mengetahui siapa anda. Saya harap awak akan terus membimbing saya ke jalan Allah saat Allah satukan kita. Anda akan menjadi Zauj yang abadi kepada saya. InsyaAllah Allah akan satukan kita apabila sampai masanya nanti. Semoga kita akan bahagia sampai ke syurga Allah. InsyaAllah. Amin. Diriku hanya untukmu.


P/S : Need to fix myself to be a better person. Thanks very much to all. Terima kasih kerana melengkapkan kehidupan saya. ^_^

Khamis, 9 Februari 2012

Dalam Mihrab Cinta part #1 ►★★★


Assalamualaikum. Dah lama tak tulis blog. Sekarang ini, saya tengah menonton filem dari Indonesia yang agak menarik. Sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Habiburrahman. Novelnya agak menarik. Boleh meruntun jiwa yang membacanya. InsyaAllah. Sama-sama kita hayati cerita Dalam Mihrab Cinta ini. Di sini saya akan menceritakan sinopsisnya. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Syamsul Hadi lakonan Dude Harlino yang mencari cabaran dalam hidupnya. Dia seorang lelaki yang inginkan cabaran. Dia membuat keputusan untuk ke Kediri, Indonesia untuk mencari pesantren. Dia menemui Zidna Ilma (Meyda Safira) dalam perjalanan ke Kediri. Zidna Ilma atau Zizi merupakan anak kepada Kiai Baejuri yang mengasaskan Pesantren Al Furqan. Beliau telah meninggal dunia dan Kiai Miftah, anaknya yang sulung yang menggantikannya. Syamsul Hadi telah menolong Zizi dan menyelamatkan Zizi daripada pencuri yang ingin membunuhnya dalam keretapi. Syamsul akhirnya telah menuntut di Pesantren Al-Furqan setelah meninjau pesantren-pesantren yang ada di Kediri. Dia seorang pelajar yang kuat usahanya. Malangnya ada yang tidak suka kepadanya. Burhan(Boy Hamzah) telah memfitnah Syamsul mencuri dompetnya. Akhirnya dia dibuang dari pesantren. Keluarganya juga tidak mempercayainya. Lalu dia melarikan diri dari rumah. Dia menjadi penyeluk saku untuk menyara hidupnya. Namun, dia dipenjarakan. Adakah dia akan temui sinar baru atau terus menjadi penyeluk saki?? Saksikan filem ini. InsyaAllah novel karya Habiburrahman juga menarik untuk dibaca dan dihayati. Dapatkan di pasaran. Dalam Mihrab Cinta dan Dalam Mihrab Cinta The Romance. Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...