Khamis, 18 Oktober 2012

JODOH


Assalamualaikum...Cincin kahwin?? Saya nak buat entri pasal kahwin lagi ke? Ya. Opps, kenapa saya kerap menulis pasal kahwin? Perkara ini berlaku secara kebetulan. Sebenarnya ada seorang hamba Allah bertanya mengenai jodoh. Katanya ' Kalau orang kelantan ni dia mesti nak kahwin dengan orang kelantan juga ke?'
Al-maklumlah, saya ni orang kelantan. Jujurnya, saya sendiri tak tahu jodoh saya sendiri. Jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang. Tapi ayah saya dia nak anak-anaknya kahwin dengan orang Kelantan. Ibu bapa kita bukannya apa, dia nak mudahkan urusan kita. Contohnya nak kenduri, rumah dekat senang, jimat duit sikit. Balik raya pun senang. 1 arah sahaja. Saya sedikit pun tak kisah jodoh saya tue berasal dari mana. Meskipun dari Jepun, Korea, China, Amerika, Australia, New Zealand yang penting dia Islam, boleh menerima saya dan keluarga, sayang saya di dunia dan akhirat, itu dah cukup bagi saya. Yang penting dia ikhlas dalam perhubungan. Masing-masing mampu berfikir baik dan buruk, mampu menilai sendiri. Kalau ada pasangan yang kahwin senegeri, sekampung dan seangkatan dengannya, bagi saya, itu lah jodoh. Kita tak boleh tolak jodoh itu. Istikarah pun penting dalam menentukan jodoh. Kena contact Allah juga. Mohon petunjuk daripadaNya.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Bersawang agaknya blog ini. Alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap yang saya sendiri tak sangka dapat capai. Semester 5. Sudah 2 tahun berada di bumi Tanjung Malim. Gembira atau sedih? Soalan yang sukar dijawab. Berada di bidang yang saya tak minati dan Universiti yang saya tak pernah impikan, amat sukar bagi saya untuk menerimanya. Alhamdulilah, Awal kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik. Saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Saya bangga terlibat dalam bidang ini. Pernah. Saya pernah merasa rendah diri kerana mungkin orang akan anggap bidang ini bidang yang biasa. Ala, ajar kanak-kanak. Low standard. Tidak bagi saya, kerana menjadi guru tadika merupakan tugas yang berat. Jika kanak-kanak mampu membaca dan menulis atas ajaran guru tersebut. Itu merupakan pencapaian terbesar bagi kami guru tadika. Saya sangat bangga dan bersyukur kerana Allah telah meletakkan takdir yang terbaik untuk saya. Alhamdulilah.

P/S: Akan mencuba sehabis baik. Semangat baru. Kritikan dan cacian orang membuatkan kita tabah dan cekal. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...