Sabtu, 30 April 2011

Insan bernama LELAKI


Apa pandangan anda mengenai penyataan di atas..??setuju atau tidak??? bagi aku...aku rasa statement hampir-hampir betul. Sebab aku lebih sukakan lelaki yang boleh buat kita ketawa kalau bersama dengan dia. Kalau lelaki yang suka buat lawak, kalau dengan dia asyik bergurau je. Kita rasa kita amat selesa kalau ada bersama dia. Hari-hari nak spend time dengan dia. Lelaki yang boleh buat kita ketawa dapat melepaskan stress kita kalau bersama dia...sebab kalau dengan dia kita asyik ketawa je memanjang. Walaupun dia tak la hensem mana...orang kata boleh tahan la...tapi bila bersama dengan dia, kita rasa happy memanjang...it's good...macam entri yang Mr K post kat blog dia....sex appeal seseorang yang membuat kita tertarik dengan dia..walaupun muka tak hensem tapi hati baik...aku rasa it's better daripada muka hensem tapi perangai??? Macam v-log yang matluthfi post kat you tube tue...bukan semua cantik subjektif...aku suka kata-kata dia in the end of video...ramai orang boleh jadi cantik dengan muka, pakaian,badan...tapi berapa ramai boleh jadi cantik dengan perangai....apa yang penting...peribadi yang baik....well, ada sesetengah kaum aku nie dia jenis mata duitan, jenis suka lelaki yang hensem...tapi bagi aku...yang paling penting...peribadi dan sahsiah yaang mantop...hensem @ cute @ hot tue kira bonus la...kalau ada lelaki yang complete semua nie alhamdulilah...seperti syariat islam jugak, kita kena utamakan agama dia dulu berbanding perkara-perkara lain...kalau agama dia sempurna insyaAllah perkara lain pun sempurna jugak...so, guys and girls out there...kalau nak cari pasangan hidup carilah orang yang pentingkan agamanya dahulu...yang lain perkara kedua k...chill out!!!

Rabu, 27 April 2011

Bertuah Dapat Suami Macam Nie...


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu

kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya

lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia

kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya

bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya

mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka

bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa

depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini

senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning

sickness yang teruk sekali bagi isteri

saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.

Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,

kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja

solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur

kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,

sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya

sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran

sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan

sebelum mengandung pun saya akan membaca

Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur

sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya

sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam

kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu

sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan

janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya

ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermuladengan

kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab

'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata

saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin

survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak

berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan

anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada

kemudian hari adalah diluar bidang kuasa

saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,

zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali

bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar

email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar

tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya

untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya

yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak

kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah

waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua

pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub

conscius mind) adalah paling optimum ketika

ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan

kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke

ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah

ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al

fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam

hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah

di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah

dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai

mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda

beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati

isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan

berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa

sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir

anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang

menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya

bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan

anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An

Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa

Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik

Hanafi

sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam

Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia

dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu

aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang

belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin

disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)

ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga

sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak

dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik

akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih

segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri

kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita

sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang

membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa

berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah

sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya

nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh

Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah

para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu

kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara

saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa

pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak

dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin

disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi

saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak

yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang

dan

bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri

saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami

akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa

depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim

piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga

sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini

saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud

salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam

hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan

saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya

biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak

akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu

dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti

saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia

tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu

banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud

menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki

jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya

kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya

telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'

dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam

hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan

cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan

muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


P/S : Cite nie copy daripada lmn web lain jgk...saje nak sharing...sharing is caring...=)

Bertuah sangat kalau dapat suami macam nie...care pasal wife dia...siap baca yasin lagi...mantop!!!!!

Sabtu, 23 April 2011

Ciri-ciri Lelaki Gentleman


Kajian telah dilakukan di luar negara. Tak tahu pulak negara mana. Yang pasti bukan di Malaysia. Wanita yang terlibat dalam kajian tersebut majoriti lebih berminat kepada lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  1. Membuka pintu - Lelaki yang gentleman nie akan membuka pintu saat seseorang itu nak masuk. Bukannya tukang bukak pintu ye. Kalau kebetulan ada orang belakang dia, dia bukak. Ataupun kalau couple, semestinya perempuan suka kalau lelaki tolong buka pintu untuk dia. Buat lelaki di luar sana. Nak jadi lelaki gentleman kena la ikut cara nie ye.
  2. Bagi Tempat duduk - Dalam train atau bas atau tempat-tempat public kalau dia nampak pak cik,mak cik, perempuan, atau pun kaum-kaum yang lemah nie, dia akan bagi tempat duduk kepada mereka. Aku suka tengok lelaki macam nie. Tambahan pula kalau kerusi tepi dia kosong, dia sanggup pindah tempat duduk nak bagi budak perempuan duduk.
  3. Tutup telefon - Waktu dia bersama dia kita dia akan tutup handphone. Dia nak menikmati saat bersama la kot..hehehe

Pendapat aku pulak. Ciri-ciri lelaki gentleman

  1. Dia hormat semua orang di sekekeling dia terutamanya orang yang lebih tua.
  2. Dia seorang yang jaga percakapannya.
  3. Sanggup menjatuhkan ego lelakinya saat dia melakukan tanggungjawab yang berat. Contohnya, dia tak buat salah tapi dia minta maaf.

P/S : hehehe...sebenarnya ada 5 ciri-ciri..tapi tak ingat...yang penting. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri. Semua manusia ada kelemahan tak de seorang pun yang perfect. Yang perfect hanya Allah S.W.T.

Wallahualam

Kawan....Friends....Chingoo...Tomodachi










Kawan??? Apa maksud kawan??? Maksud kawan bagi aku ialah seseorang yang 'kamceng' dengan kita. Nak kata memahami tue tak semestinya memahami, tapi yang paling penting kawan tue tempat kita meluahkan perasaan saat kita gembira, murka, sedih, teruja@excited, stress dan seangkatan dengannya. Seorang kawan yang sejati tue, kita boleh percaya dengan dia. Dia boleh simpan rahsia, boleh buat kita gembira saat kita sedih, saat kita bersama dengan dia kita rasa gembira dan selesa. Dia boleh tenangkan kita, boleh pujuk kita saat kita menangis dan memerlukan seseorang. Kawan yang sejati jugak boleh menerima kita seadanya dan tegur kita tika kita buat salah. Nak cari kawan yang sejati terlalu susah. Kawan yang nangis bersama susah nak cari. Kita kena menghargai semua kawan-kawan kita walaupun diorang tak berapa nak 'kamceng' dengan kita. Kawan yang sejati jugak kawan yang sanggup berkorban apa sahaja demi kawannya, tapi jangan sampai terlebih. Nanti kita jugak yang merana. Setakat aku hidup selama 19 tahun nak masuk 20 tahun nie, aku amat bersyukur Allah kurniakan teman-teman yang baik kepada aku. Alhamdulilah. Aku gembira sangat. Mereka la pengubat duka dan lara aku serta buat aku happy sepanjang ketiadaan keluarga di sisi. Terima kasih ye kawan-kawan. Anda semua kawan terbaek ku. Aku tak akan sesekali lupakan kamu semua. Kamu semua kawan dunia akhirat aku.


Selasa, 19 April 2011

IU -Congnamul Song 콩나물송

Isnin, 18 April 2011

Kena Belajar....



Wahai Afifah Adnan!!! belajar!!! jangan malas!!! Hari rabu nie dah nak exam...sedarlah wahai insan....bersiap-siap lah anda di medan peperangan...medan peperiksaan...sabar sikit je...jangan nak dok goyang kaki pulak...baca la segala nota itu...kalau boleh rebus sekali....biar masuk sikit dalam minda dan fikiran anda tue...melekat sikit...
Untuk rakan-rakan...selamat menghadapi peperiksaan akhir!!! selamat belajar!!! buat sehabis baik ye!!!!maafkan lah segala kesilapan sama ada saya sedar atau pun tidak...yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa...yang lemah itu datangnya dari saya....maafkan lah diri ini....

Titik Permulaan


Ini bukan pertama kali aku menulis blog. Aku ada buat blog lain. Blog tempat aku meluahkan rasa hati aku. Blog baru aku nie aku akan cuba mengaktifkan. Kenapa aku namakan blog nie Aku, Dia, & Ice Blended??? Jawapannya...jeng...jeng..jeng (bunyi dram) sebab aku sukakan ice blended la...hehehe....mula-mula aku bukannya suka sangat ice blended nie...Entah kenapa tetiba je aku mula jatuh cinta dengan ice blended atau nama melayunya ais kisar...huhuhu...Ini semua gara-gara Ice Blended FEEKO...PERGHHHH!!! sekali rasa sejuta kali nak...mengancam tak mengancam....aku memang minat la ice blended dia tue...Ice Blended Chocolate je yang aku suka...perisa lain aku tak pandang...ehem..ehem...saya promote Ice Blended FEEKO nie....nanti pihak berkenan bagi upah ye...tak banyak saya mintak...bagi 1 Ice Blended Chocolate besar punye...hehehe....Jangan marah ye...saya hanya bergurau je...kalau nak bagi pun boleh....bak kata pepatah 'kecik tapak tangan, padang Stadium Bukit Jalil saya tadahkan' hehehe....maaf..maaf...yang penting...saya memang sudah jatuh hati la dengan Ice Blended nie...suka yang teramat, sama suka dengan suka komik...hehehe...I'm Lovin It...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...