Sabtu, 30 Julai 2011

Manis dalam pahit di PLKN


Kehidupan di PLKN tak lah seindah mana, kehidupan di PLKN diibaratkan kehidupan para tentera di kem-kem latihan. Walaupun aku ke PLKN suka dalam paksaan,namun banyak telah aku pelajari di sana. Ya, hatiku meronta-ronta mengatakan aku amat bencikan PLKN, tapi aku terpaksa juga menjejakkan kaki ke kem yang telah ditempatkan. Ya, jiwa aku terseksa, aku stress. Namun banyak yang telah aku pelajari di sana. Di sana aku mengenali dunia sebenar. Dunia realiti remaja sekarang yang membuatkan aku tersedar dari mimpi yang indah kepada mimpi yang buruk. Misi aku, aku ingin mengubah cara hidup remaja sekarang kepada kehidupan yang sepatutnya mereka lalui. Benar, aku kaget dengan budaya remaja sekarang, sekali gus membuatkan hati ini sedih dan sayu. Namun, aku tiada daya untuk mengubah mereka. Ilmu belum cukup di dada. Insya-Allah Allah akan kurniakan hidayah kepada mereka. Tak semua yang aku lalui pahit, ada juga manis yang terselit di sebaliknya. Alhamdulillah Allah kurniakan aku kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang sejati, kawan-kawan yang mampu aku percayai. Aku baru sedar aku tidak keseorangan di sana. Ramai yang sayangkan aku. PLKN memberi banyak manfaat kepadaku, memberi aku keyakinan diri dalam melakukan sesuatu. Aku dapat merasai pengalaman menembak yang belum pernah aku cuba seumur hidup aku. Senjata Colt M16 merupakan senjata pertama yang aku pegang, terketar-ketar jugak tanganku untuk memegangnya. Agak berat juga. Pertama kali terdengar bunyi tembakan, fuh! Mahu tercabut jantung aku. Terkejut ya amat. Telinga pun sakit, tapi pengalaman ini tak akan aku lupakan. Pertama kali melakukan aktiviti lasak seperti Flying Fox dan Abseiling, memang menguji ketahanan diri. Nervous tak boleh nak cakap. Lebih-lebih lagi Abseiling, fuh! Takut, tapi tak puas hati buat sekali, rasa nak buat 2,3 kali. Masa buat aktiviti air pulak, water confident, fuh! Sama nervous juga, cikgu suruh berenang. Selama dalam hayat tak pernah berenang, itulah kali pertama aku berenang dalam hidup. Ingatkan tak sampai kat tebing, tapi alhamdulillah sampai, terkejut jugak dengan kemampuan yang ada. Macam naik kayak jugak, kayuh punya kayuh, kayak hanyut dibawa air, punya la lama berkayuh, sampai lenguh tangan, nasib baik ada jurulatih yang bagi semangat, kalau tak, tak sampai kat tebing. Kalau nak cerita pengalaman kat PLKN memang tak habis. Macam-macam cerita ada. Yang boleh membuatkan kita gila pun ada. Di sana aku mengenal erti sabar, aku semakin tough walaupun ada kejadian sedih yang berlaku ketika aku menjalani latihan di sana, namun aku cuba tabah walaupun secara dalaman aku tak kuat menempuhi segala-galanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...