Sabtu, 23 April 2011

Kawan....Friends....Chingoo...Tomodachi










Kawan??? Apa maksud kawan??? Maksud kawan bagi aku ialah seseorang yang 'kamceng' dengan kita. Nak kata memahami tue tak semestinya memahami, tapi yang paling penting kawan tue tempat kita meluahkan perasaan saat kita gembira, murka, sedih, teruja@excited, stress dan seangkatan dengannya. Seorang kawan yang sejati tue, kita boleh percaya dengan dia. Dia boleh simpan rahsia, boleh buat kita gembira saat kita sedih, saat kita bersama dengan dia kita rasa gembira dan selesa. Dia boleh tenangkan kita, boleh pujuk kita saat kita menangis dan memerlukan seseorang. Kawan yang sejati jugak boleh menerima kita seadanya dan tegur kita tika kita buat salah. Nak cari kawan yang sejati terlalu susah. Kawan yang nangis bersama susah nak cari. Kita kena menghargai semua kawan-kawan kita walaupun diorang tak berapa nak 'kamceng' dengan kita. Kawan yang sejati jugak kawan yang sanggup berkorban apa sahaja demi kawannya, tapi jangan sampai terlebih. Nanti kita jugak yang merana. Setakat aku hidup selama 19 tahun nak masuk 20 tahun nie, aku amat bersyukur Allah kurniakan teman-teman yang baik kepada aku. Alhamdulilah. Aku gembira sangat. Mereka la pengubat duka dan lara aku serta buat aku happy sepanjang ketiadaan keluarga di sisi. Terima kasih ye kawan-kawan. Anda semua kawan terbaek ku. Aku tak akan sesekali lupakan kamu semua. Kamu semua kawan dunia akhirat aku.


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...