Jumaat, 18 November 2011

Berhenti Berharap

Saat ini, waktu ini, aku nak berhenti aku nak berharap kepadanya. Kenapa? Mungkin perjalanan aku masih jauh lagi. Amat jauh. Mungkin aku nie penakut. Ya! Aku tak layak untuknya. Aku akan lepaskan dia jauh-jauh. Aku takut. Takut dia tak menerima. Setakat ini sahaja aku mampu. Cepat benar aku putus asa. Sebab aku tahu aku tak layak untuknya. Kepada sesiapa yang berkenan jangan jadi macam aku. Cepat berputus asa. Fight for your love. Aku nie hanya dalam situasi Love in Silent. Tak tahu statusnya. Love in Silent (Cinta Dalam Diam) memang perit. Kena banyak bersabar. Aku berhenti menyukainya bukan kerana aku tak sukakan dia, tapi mungkin dia milik orang lain. Kita pendam perasaan bukan kerna kita menipu diri sendiri, tapi kita tidak pasti sama ada dia sukakan kita. Mungkin memendam lebih baik. Kalau terluka, hanya diri sendiri yang menanggung. Adakah ia tak adil? Aku redha je kalau aku terluka sebab ramai lagi yang lebih terluka dari aku. Lebih parah luka di hatinya. Mungkin juga aku mempunyai sebab lain kenapa aku membuat keputusan untuk berhenti menyukainya. Mungkin aku cuba memberi peluang kepada orang lain. Aku sendiri tak pasti dengan perasaan ini. Penat untuk beremosi. Lepaskan perasaan itu lebih baik. Tapi yang pasti hati ini milik Allah. InsyaAllah. Pasti.


KEEP ON SMILING (^_^)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...