Sabtu, 19 November 2011

Special Day ^_^

Tanggal 16hb November 2011, kami telah menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Memang seronok sangat. Suka tengok kanak-kanak menari hasil usaha sendiri walaupun tak seberapa. Puas. Dapat kritikan dan pujian. Tak kan goyah dek kritikan yang agak membina itu. Mulai hari Khamis lagi dah mula merindui kanak-kanak tue semua. Azim, Akim, Pija, Ain, Anas, Iman, Awatif, Nabila, Nadia,Firdaus, Amshad dan paling dirindui Hafiz sebab tak dapat jumpa dia seminggu lebih sebelum persembahan tue. Pelbagai onak duri dan suka duka yang telah ditempuhi semasa mengajar mereka. Semua comel. Saya amat suka kanak-kanak. Terima kasih buat semua anak-anak tersayang cikgu yang bantu cikgu siapkan tugasan. Sangat menghargainya. Terima kasih yang tak terhingga buat semua cikgu yang memberi kerjasama dan menolong kami terutamanya Cikgu Fendi, Cikgu Siti dan cikgu-cikgu yang lain serta PPM. (Maaf tak tahu nama semua cikgu)

comel-comel! (^_^)

Penat menanti! Cepat la habis!

Terima kasih Cikgu Affendy!


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...