Selasa, 21 Januari 2014

Mas Kahwin vs Perkahwinan

Bismillahhirahmannirahim. Terdetik hati ni nak buat entri baru selepas membaca status seorang hamba Allah yang menyebut mengenai mas kahwin. Sekarang ni orang sibuk cakap mas kahwin kena la letak harga yang setaraf dengan kita. Kalau pelajaran tinggi sampai PHD kena la mas kahwin tinggi. Kalau belajar takat PMR SPM mas kahwin sama la dengan pendidikannya itu. Allah..pandai2 je letak macam tu ye. Kalau pelajaran tinggi, adab tak ada, pelajaran agama tak lengkap kena letak mas kahwin yang tinggi jugak ke sampai puluh2 ribu? Bak kata orang2 otai, kita bukan nak jual anak. Teringat kata2 ustaz Azhar Idrus. Boleh nak letak mas kahwin mahal, asalkan si gadis tue kategori gadis idaman yang solehah. Pandai masak, anak solehah, suci dan innoncent. Cukup la ciri2 wanita solehah. Orang tengok pun sejuk mata memandang. Ye dok? Lagi satu letak hantaran mahal2,kesian lelaki yang ikhlas nak berkahwin tue. Mana nak cari duit banyak2. Nak berhutang? Teruk dia nanti. Sebut pasal majlis kahwin pulak. Tak kisah ler, kenduri ke resepsi ke. Jangan meriah sangat ye sampai ada karaoke, Dj bagai. Bersederhana la. Kita pun tak der la makan pasir anak beranak pasai berhutang buat majlis gilang gemilang. Bersanding? Cuba la elakkan. Tak ada istilah bersanding dalam islam. Tue semua adat. Yang mana boleh datangkan faedah dan lindungi kita nanti(akhirat) islam! Bukan adat. Cuba buat majlis yang berlandaskan syariat islam. Majlis pun akan diberkati. InsyaAllah
P/s : tak sabar nak terima kakak ipar.:)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...