Isnin, 6 Januari 2014

Kawan Dunia Akhirat

Bismillah...Assalamualaikum. Tajuk yang agak emosi dan menyentuh hati bagi diri ini. Al maklumlah kita tak ramai kawan rapat. Kawan yang dulu rapat dah renggang bila berjauhan. Sedih juga bila memikirkan pasal hal sahabat ni. Kawan masa sekolah rendah dulu pun dah lama tak contact. Alahai kawan masa kecil2 dulu pun entah ke mana menghilang. Masa PASTI dulu, masa nakal2 dulu. Semua hilang. Yang kekal kawan seuniversiti. Kawan yang sangat disayangi. Kawan sekelas merangkap kawan sekursus. Mula2 kenal, untuk pertama kali kita yang ambik first move tegur dia dulu. Masa tu mula2 dapat jadual kelas. Mula la cari kawan nak pergi kelas sekali. Tegur dia, nak tengok jadualn sama tak. Rupanya memang sebijik sebulat sama. Tu la namanya jodoh kan. Kesana kesini berkepit. Selalu juga dating. Ada tempat makan wajib masa semester 1 dulu. Sekarang dah tukar pemilik. Masa semester 3 kami dah mula rengang sebab masing2 ambik minor berbeza so kelas pun lain. Alhamdulilah jodoh kami kuat, dia nak duduk serumah semester 8 ni. Dating hari2 la. Nama dia Noor Asiah Abdullah sahabat dunia akhirat. Cantik molek orangnya. Tapi dah kahwin. Pemiliknya pun sama cantik, secocok la orang kata. Jom kenali sahabat dunia akhirat ke2 pula. Cantik manis orangnya. Masa mula2 kenal semester 3. Tak kenal pun sebelum ni. Padahal sekelas. Nampak tak kat situ, tak pekanya diri ini nak bersahabat. Kenal pun masa dia mula2 pergi rumah sewa kita ni. Dia memang suka cakap. Dia cerita ni,cerita tu. Kita dengar je la. Kita makin rapat sebab sekelas 1 subjek universiti ni. Rapat2. Sampai dok serumah masa nak habis semester 3 tue. Dia ada bestie. Selalu berkepit ke sana sini juga. Tapi bila kitorang dok sebilik,kitorang jadi rapat sangat. Sampai kan orang tuduh kita rampas bestie orang. Entah la apa salah kami. Dulu berkepit bertiga tak pun berempat. Sekarang berdua lebih baik. Nama dia Nurhayati. Dua2 kita sayang dunia akhirat. Moga2 hubungan ni kekal sampai bila2. InsyaAllah..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...