Khamis, 9 Januari 2014

Isu aurat : malu dengan non muslim

Assalamualaikum..Comel x perempuan yang bertudung litup ni? Tahukah anda wanita tersebut merupakan non muslim tetapi mengambil keputusan untuk memakai hijab dan berpakaian muslimah. Ini kerana menurutnya bila dia berhijab dan menutup aurat sepenuhnya dia rasa diri dia dilindungi dan dihormati. Wanita ini merupakan bekas model majalah playboy malaysia, Felixia Yeap. Namun,dia belum memeluk agama islam dan masih mendalaminya. Sama2 kita doakan semoga Allah beri hidayah kepadanya. InsyaAllah. Boleh layari Mr. Google untuk maklumat lanjut. Kita tengok kat sini, orang non muslim pun boleh menutup aurat dengan sempurna. Kita orang islam ni,khususnya kaum hawa ni. Pakai tudung tapi dada nampak. Pakai tudung tapi lengan pendek. Malu la. Kita sebagai kaum hawa pun malu. Tolong la kaum2 hawa sekalian. Tutup aurat dengan sempurna. Ini belum cerita lagi pasal orang islam tak tutup aurat. Lagi malu. Bila ditanya kenapa tak tutup aurat? Katanya belum sampai seru. Aii..dah lama dah seru ni. Memang dah ada dalam Al Quran suruh kita tutup aurat dengan sempurna. Dari zaman nabi lagi. Seksa kot tengok orang seksi. Tambah dosa melihat sekali dengan dosa mengata. Yang satu lagi. Dah tutup dah. Tapi bajunya,nampak solid body tue. Tue dah gaya pakai baju tapi telanjang. Bajunya ketat2 la. Tak kira la baju kurung ke jubah ke,semua berbentuk body si pemakai. Ni nak komplain, baju nikah orang melayu ni seksi sangat la. Ketat sana ketat sini. Baik baju kahwin orang jepun dan orang korea pulak. Longgar je. Malu la. Kita ni bukan sempurna sangat nak tegur orang, tapi sama2 la kita mengubah diri ke arah lebih baik. Cantik la kalau tutup aurat sempurna. Tak nak pakai tudung labuh. Pakai la tudung besar tak pun pakai selendang tapi labuh. Jangan sesekali buat alasan ye. Kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih. Renung2kan dan selamat beramal.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...