Isnin, 10 Mac 2014

Doa buat MH370

Bismillah. Tanggal 8 bulan 3 tahun 2014 seluruh dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang menuju ke Beijing. Pesawat dipercayai hilang daripada radar pusat kawalan pada jam 1.30 pagi. Pelbagai pihak yang memberi bantuan kepada pihak Malaysia. Vietnam,China, Amerika, Singapura. Seramai 239 orang penumpang dan krew seramai 12 orang. Pihak2 terbabit sedang menjalankan misi mencari pesawat tersebut. Hari ni dah masuk hari ke3. Banyak penemuan ditemui antara tumpahan minyak di 10 nautika daripada Tok Bali,Kelantan, cahaya terang dipercayai pesawat oleh penduduk. Namun, yang sedih komen2 negatif yang dilemparkan oleh warga2 malaysia yang tak bertanggungjawab. Kutuk sana kutuk sini. Penyebaran fitnah. Yang paling teruk orang yg nak publisiti murahan. Tak pernah memahami apa yang mereka nak. Tolong memahami perasaan keluarga yang terlibat. Cuba letak diri anda di tempat mereka. Sudah tentunya anda akan meraung dan melalak! Selitkan perasaan simpati dalam diri. Ini tidak, kutuk penumpang, kutuk krew. Apa yang anda dapat? Dapat dosa ada la. Tapi terima kasih juga kerana anda telah bagi pahala buat mereka. Rakyat negara luar bersimpati atas kehilangan ini. Tapi kita di sini bergelak ketawa atas nasib mereka? Mohon doa atas keselamatan mereka. Hentikan segala fitnah dan kata2 nista. Jadi la warga yang baik dan berbudi bahasa. Semoga semuanya akan berakhir dengan baik. InsyaAllah.
Pesanan khidmat masyarakat daripada Afifah Adnan.
Budi bahasa budaya kita.
#doauntukMH370

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...