Rabu, 18 Disember 2013

Menyinar Kembali

Assalamualaikum...lama sudah tak buat 'entri' baru untuk blog ini. Rindunye masa-masa dahulu kala ye. Rajin buat 'entri' baru walaupun tak ada orang baca. Sadis tak? Sekarang ini ada banyak sangat masa terluang, so boleh post banyak-banyak. Apa yang terbaru dalam hidupku? Tak banyak. Masih macam dulu. Ya,masih seperti dulu. Masih belajar,masih sendiri dan masih meminati orang yang sama. Tak pernah berubah. Cakap pasal minat 'orang' itu. Diri ini dah buat keputusan untuk berkawan dulu dengan dia(tapi tak buat lagi(malu)). Suatu hari nanti, diri ini akan beritahu dia bukan buat masa sekarang. Kena istikharah dulu. Kena mintak izin yang atas dulu,nak tahu kita buat pilihan yang betul ke tak. Itu penting. InsyaAllah kalau Dia izinkan. Dah lari tajuk ye. Ermm..otak dah bekerja untuk mencari idea,tapi tak keluar. Nampaknya kena sambung untuk 'entri' seterusnya. Wassalam.

Isnin, 20 Mei 2013

Silent Love Again

Hati ini tak dapat ditipu. Allah maha mengetahui segalanya. Allah memiliki hati ini. Mungkin mulut boleh menipu tapi hakikatnya hati tak dapat. Ya Allah, kenapa kuat sekali perasaan ini terhadapnya? Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku, tolong jaga hati ini supaya menjadi miliknya suatu hari nanti. Ya Allah, tolong jaga imanku agar hati ini terus bertahan sayang kepadanya. Bukan sayang semata di dunia malah di akhirat. Sayang kepadanya keranaMu Ya Allah. Allah perancang segalanya. Jika dia adalah sebahagian daripadaku, temukan lah jodoh kami keranaMu Ya Allah. Peliharalah iman dan hatinya agar terus beribadah kepadaMu agar dia mampu menjadi imam yang sempurna di mataku. Engkau kuatkan lah imannya Ya Allah untuk terus membimbing aku menuju ke syurgaMu bersama-samanya. Peliharalah cinta kami jika kami saling mencintai keranaMu Ya Allah. Aku hanya hamba yang kerdil yang sering bergelumang dengan dosa-dosa dan noda-noda yang sentiasa dilakukan di dunia ini. Segala takdirku ditentukan oleh Mu di Luh Mahfuz. Aku berserah kepadaMu. Aku percaya kepada qada' dan qadarMu.

Jumaat, 15 Mac 2013

Permulaan Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini kali pertama buat entri melalui telefon. Maklum la sekarang ini sangat malas untuk online di laptop. So,terfikir untuk buat permulaan baru. Sekarang dah masuk semester baru. Semester depan saya akan berpraktikum. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak habis belajar. Apabila fikir nak habis belajar. Rasa sangat teruja. Harap-harap Allah permudahkan segalanya.
Permulaan baru?? New start?? Yes,a new start for a new me. Am I changing? InsyaAllah akan berubah ke arah kebaikan. Diri ini pun banyak kelemahan. Kelemahan ini merupakan pendorong untuk berubah. I'm try to be more confident,happy go lucky,and so on. Sometimes,there are comes some thought, why they doesn't like me? Am I too snob? Ugly? No, they don't know the real me. They are some people on my side doesn't appreciate me(just my instinct). But it's okay. I know there are a lot of people that appreciate me and love me. For those who love me. That's a lot of your love. I'm promise I will appreciate that.
#please pray the best for me.

LOVE
AFIFAH ADNAN ^_^

Khamis, 18 Oktober 2012

JODOH


Assalamualaikum...Cincin kahwin?? Saya nak buat entri pasal kahwin lagi ke? Ya. Opps, kenapa saya kerap menulis pasal kahwin? Perkara ini berlaku secara kebetulan. Sebenarnya ada seorang hamba Allah bertanya mengenai jodoh. Katanya ' Kalau orang kelantan ni dia mesti nak kahwin dengan orang kelantan juga ke?'
Al-maklumlah, saya ni orang kelantan. Jujurnya, saya sendiri tak tahu jodoh saya sendiri. Jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang. Tapi ayah saya dia nak anak-anaknya kahwin dengan orang Kelantan. Ibu bapa kita bukannya apa, dia nak mudahkan urusan kita. Contohnya nak kenduri, rumah dekat senang, jimat duit sikit. Balik raya pun senang. 1 arah sahaja. Saya sedikit pun tak kisah jodoh saya tue berasal dari mana. Meskipun dari Jepun, Korea, China, Amerika, Australia, New Zealand yang penting dia Islam, boleh menerima saya dan keluarga, sayang saya di dunia dan akhirat, itu dah cukup bagi saya. Yang penting dia ikhlas dalam perhubungan. Masing-masing mampu berfikir baik dan buruk, mampu menilai sendiri. Kalau ada pasangan yang kahwin senegeri, sekampung dan seangkatan dengannya, bagi saya, itu lah jodoh. Kita tak boleh tolak jodoh itu. Istikarah pun penting dalam menentukan jodoh. Kena contact Allah juga. Mohon petunjuk daripadaNya.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Bersawang agaknya blog ini. Alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap yang saya sendiri tak sangka dapat capai. Semester 5. Sudah 2 tahun berada di bumi Tanjung Malim. Gembira atau sedih? Soalan yang sukar dijawab. Berada di bidang yang saya tak minati dan Universiti yang saya tak pernah impikan, amat sukar bagi saya untuk menerimanya. Alhamdulilah, Awal kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik. Saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Saya bangga terlibat dalam bidang ini. Pernah. Saya pernah merasa rendah diri kerana mungkin orang akan anggap bidang ini bidang yang biasa. Ala, ajar kanak-kanak. Low standard. Tidak bagi saya, kerana menjadi guru tadika merupakan tugas yang berat. Jika kanak-kanak mampu membaca dan menulis atas ajaran guru tersebut. Itu merupakan pencapaian terbesar bagi kami guru tadika. Saya sangat bangga dan bersyukur kerana Allah telah meletakkan takdir yang terbaik untuk saya. Alhamdulilah.

P/S: Akan mencuba sehabis baik. Semangat baru. Kritikan dan cacian orang membuatkan kita tabah dan cekal. Terima kasih.

Rabu, 15 Ogos 2012

Getting Married




Saya nak kahwin?? Alhamdulilah. Bila dah jumpa jodoh yang sesuai, InsyaAllah saya kahwin. Kad kahwin di atas bukan saya punya. Itu kad kahwin saudara saya yang sama nama dengan saya. Bakal suami pun belum jumpa lagi. Nak kahwin?? Lambat lagi. Belajar pun tak habis lagi. Lagipun keluarga tak kan bagi kahwin masa belajar. Kakak saya cakap saya gatal nak kahwin la kalau saya kahwin awal. InsyaAllah, sampai masanya saya akan bina masjid. Allah dah tentukan. Sekarang saya cuma nak raih cinta Allah. Itu penting! Jodoh itu akan sampai sendiri nanti. InsyaAllah.

Tahniah buat kawan saya yang dah mendirikan rumahtangga. Semoga kekal sampai ke syurga Allah.
                                                        Ketika bujang ( tudung kelabu)...

Selasa, 14 Ogos 2012

Indahnya Perhubungan Itu Part 2

Sebenarnya saya memang tak berniat langsung untuk menyambung entri yang sebelum ini. Entri yang saya masukkan video 'I've proposed' oleh Dena Bahrin. Saya amat terkejut sebenarnya. Beberapa hari yang lepas saya ada 'menjenguk' 1 page photoghraper yang agak terkenal sebab mereka ambik gambar orang-orang yang agak terkenal jugak.Kalau tak silap nama dia The Kliker. Rupa-rupanya, Dena Bahrin dah kahwin dan dia masih muda. Baru berumur 20 tahun dan masih belajar. Gambar-gambar mereka sangat cantik dan kreatif dan mereka sangat comel, sesuai, bagai pinang dibelah dua. Di sini saya selitkan 1 gambar perkahwinan Dena Bahrin. Tentang kisah perkahwinannya, sila rujuk blog beliau. Sila klik link tersebut. Sebenarnya, saya amat kagum dengan dia. Saya suka tutorial pemakaian hijab menutup dada olehnya. Sangat comel dan menutup aurat.


P/S : Sila cari The Kliker | Wedding and Potrait Photoghraphy kat Facebook untuk lebih gambar.
        Saya ambik gambar ini kat blog Dena Bahrin. Credit to her.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...