Isnin, 6 Januari 2014

Kawan Dunia Akhirat

Bismillah...Assalamualaikum. Tajuk yang agak emosi dan menyentuh hati bagi diri ini. Al maklumlah kita tak ramai kawan rapat. Kawan yang dulu rapat dah renggang bila berjauhan. Sedih juga bila memikirkan pasal hal sahabat ni. Kawan masa sekolah rendah dulu pun dah lama tak contact. Alahai kawan masa kecil2 dulu pun entah ke mana menghilang. Masa PASTI dulu, masa nakal2 dulu. Semua hilang. Yang kekal kawan seuniversiti. Kawan yang sangat disayangi. Kawan sekelas merangkap kawan sekursus. Mula2 kenal, untuk pertama kali kita yang ambik first move tegur dia dulu. Masa tu mula2 dapat jadual kelas. Mula la cari kawan nak pergi kelas sekali. Tegur dia, nak tengok jadualn sama tak. Rupanya memang sebijik sebulat sama. Tu la namanya jodoh kan. Kesana kesini berkepit. Selalu juga dating. Ada tempat makan wajib masa semester 1 dulu. Sekarang dah tukar pemilik. Masa semester 3 kami dah mula rengang sebab masing2 ambik minor berbeza so kelas pun lain. Alhamdulilah jodoh kami kuat, dia nak duduk serumah semester 8 ni. Dating hari2 la. Nama dia Noor Asiah Abdullah sahabat dunia akhirat. Cantik molek orangnya. Tapi dah kahwin. Pemiliknya pun sama cantik, secocok la orang kata. Jom kenali sahabat dunia akhirat ke2 pula. Cantik manis orangnya. Masa mula2 kenal semester 3. Tak kenal pun sebelum ni. Padahal sekelas. Nampak tak kat situ, tak pekanya diri ini nak bersahabat. Kenal pun masa dia mula2 pergi rumah sewa kita ni. Dia memang suka cakap. Dia cerita ni,cerita tu. Kita dengar je la. Kita makin rapat sebab sekelas 1 subjek universiti ni. Rapat2. Sampai dok serumah masa nak habis semester 3 tue. Dia ada bestie. Selalu berkepit ke sana sini juga. Tapi bila kitorang dok sebilik,kitorang jadi rapat sangat. Sampai kan orang tuduh kita rampas bestie orang. Entah la apa salah kami. Dulu berkepit bertiga tak pun berempat. Sekarang berdua lebih baik. Nama dia Nurhayati. Dua2 kita sayang dunia akhirat. Moga2 hubungan ni kekal sampai bila2. InsyaAllah..

Rabu, 1 Januari 2014

Menantu vs Mertua

Assalamualaikum...wow! Hot title! Well,saja je nak tulis pasal menantu vs mertua ini sebab dah penat dah dengan perangai menantu yang lebih macam hantu. Huk2. Cakap macam dah ada anak kan? Memang ada anak,anak saudara,anak sepupu. Anak juga kan? Where should I begin? We'll start about marriage. Apa maksud perkahwinan? Maksudnya penyatuan 2 keluarga dalam ikatan dua insan. Itu bermaksud seseorang itu bukan berkahwin dengan si dia je tapi dengan keluarga dia. Oleh itu,kena la terima keluarga kedua2 belah pihak seadanya. Tapi,sekarang ini sudah lain la amoi. Diolang tarak peduli sama keluarga ma,sudah cukup dapat si dia(aiyaa,sudah kuar slank gua,soli2). Bak kata mak kita, menantu sekarang susah nak buat baik kat mak ayah. Macam makan sekali ke melawat mak ayah mertua 4 kali sebulan ke. Tak ada. Mak dulu tiap2 minggu pergi rumah Wo(nenek) dan Tok Wan. Sekarang ini,nak tengok muka menantu kat rumah ini,setahun sekali pun susah. Macam mana tue. Yang jauh pun sama,dah la lama tak balik. Nak tolong mak dapur susah beno nak tengok. Alih2 ayah pulak merungut menantu macam tue. Aduhai,anak2 pula manja sangat. Dah besar tapi bersuap. Kalau ada mak dia,aii pijak semut pun tak mati. Apa nak jadi la. Nanti jangan salahkan anak kalau biadap. Kadang2 salah mak ayah sendiri. Benda ni berlaku depan mata. Pasal nak duit,anak pukul mak. Tak ke biadap tue. So,didikla anak2 sebaik2nya. Menantu pun anggap la mertua macam mak ayah sendiri. Bukan dapat dosa,dapat pahala. Betul tak? Fikirkan!

Rabu, 18 Disember 2013

Menyinar Kembali

Assalamualaikum...lama sudah tak buat 'entri' baru untuk blog ini. Rindunye masa-masa dahulu kala ye. Rajin buat 'entri' baru walaupun tak ada orang baca. Sadis tak? Sekarang ini ada banyak sangat masa terluang, so boleh post banyak-banyak. Apa yang terbaru dalam hidupku? Tak banyak. Masih macam dulu. Ya,masih seperti dulu. Masih belajar,masih sendiri dan masih meminati orang yang sama. Tak pernah berubah. Cakap pasal minat 'orang' itu. Diri ini dah buat keputusan untuk berkawan dulu dengan dia(tapi tak buat lagi(malu)). Suatu hari nanti, diri ini akan beritahu dia bukan buat masa sekarang. Kena istikharah dulu. Kena mintak izin yang atas dulu,nak tahu kita buat pilihan yang betul ke tak. Itu penting. InsyaAllah kalau Dia izinkan. Dah lari tajuk ye. Ermm..otak dah bekerja untuk mencari idea,tapi tak keluar. Nampaknya kena sambung untuk 'entri' seterusnya. Wassalam.

Isnin, 20 Mei 2013

Silent Love Again

Hati ini tak dapat ditipu. Allah maha mengetahui segalanya. Allah memiliki hati ini. Mungkin mulut boleh menipu tapi hakikatnya hati tak dapat. Ya Allah, kenapa kuat sekali perasaan ini terhadapnya? Ya Allah, jika benar dia adalah jodohku, tolong jaga hati ini supaya menjadi miliknya suatu hari nanti. Ya Allah, tolong jaga imanku agar hati ini terus bertahan sayang kepadanya. Bukan sayang semata di dunia malah di akhirat. Sayang kepadanya keranaMu Ya Allah. Allah perancang segalanya. Jika dia adalah sebahagian daripadaku, temukan lah jodoh kami keranaMu Ya Allah. Peliharalah iman dan hatinya agar terus beribadah kepadaMu agar dia mampu menjadi imam yang sempurna di mataku. Engkau kuatkan lah imannya Ya Allah untuk terus membimbing aku menuju ke syurgaMu bersama-samanya. Peliharalah cinta kami jika kami saling mencintai keranaMu Ya Allah. Aku hanya hamba yang kerdil yang sering bergelumang dengan dosa-dosa dan noda-noda yang sentiasa dilakukan di dunia ini. Segala takdirku ditentukan oleh Mu di Luh Mahfuz. Aku berserah kepadaMu. Aku percaya kepada qada' dan qadarMu.

Jumaat, 15 Mac 2013

Permulaan Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini kali pertama buat entri melalui telefon. Maklum la sekarang ini sangat malas untuk online di laptop. So,terfikir untuk buat permulaan baru. Sekarang dah masuk semester baru. Semester depan saya akan berpraktikum. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak habis belajar. Apabila fikir nak habis belajar. Rasa sangat teruja. Harap-harap Allah permudahkan segalanya.
Permulaan baru?? New start?? Yes,a new start for a new me. Am I changing? InsyaAllah akan berubah ke arah kebaikan. Diri ini pun banyak kelemahan. Kelemahan ini merupakan pendorong untuk berubah. I'm try to be more confident,happy go lucky,and so on. Sometimes,there are comes some thought, why they doesn't like me? Am I too snob? Ugly? No, they don't know the real me. They are some people on my side doesn't appreciate me(just my instinct). But it's okay. I know there are a lot of people that appreciate me and love me. For those who love me. That's a lot of your love. I'm promise I will appreciate that.
#please pray the best for me.

LOVE
AFIFAH ADNAN ^_^

Khamis, 18 Oktober 2012

JODOH


Assalamualaikum...Cincin kahwin?? Saya nak buat entri pasal kahwin lagi ke? Ya. Opps, kenapa saya kerap menulis pasal kahwin? Perkara ini berlaku secara kebetulan. Sebenarnya ada seorang hamba Allah bertanya mengenai jodoh. Katanya ' Kalau orang kelantan ni dia mesti nak kahwin dengan orang kelantan juga ke?'
Al-maklumlah, saya ni orang kelantan. Jujurnya, saya sendiri tak tahu jodoh saya sendiri. Jodoh dan ajal maut ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang. Tapi ayah saya dia nak anak-anaknya kahwin dengan orang Kelantan. Ibu bapa kita bukannya apa, dia nak mudahkan urusan kita. Contohnya nak kenduri, rumah dekat senang, jimat duit sikit. Balik raya pun senang. 1 arah sahaja. Saya sedikit pun tak kisah jodoh saya tue berasal dari mana. Meskipun dari Jepun, Korea, China, Amerika, Australia, New Zealand yang penting dia Islam, boleh menerima saya dan keluarga, sayang saya di dunia dan akhirat, itu dah cukup bagi saya. Yang penting dia ikhlas dalam perhubungan. Masing-masing mampu berfikir baik dan buruk, mampu menilai sendiri. Kalau ada pasangan yang kahwin senegeri, sekampung dan seangkatan dengannya, bagi saya, itu lah jodoh. Kita tak boleh tolak jodoh itu. Istikarah pun penting dalam menentukan jodoh. Kena contact Allah juga. Mohon petunjuk daripadaNya.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan ini. Bersawang agaknya blog ini. Alhamdulilah, saya dah sampai ke tahap yang saya sendiri tak sangka dapat capai. Semester 5. Sudah 2 tahun berada di bumi Tanjung Malim. Gembira atau sedih? Soalan yang sukar dijawab. Berada di bidang yang saya tak minati dan Universiti yang saya tak pernah impikan, amat sukar bagi saya untuk menerimanya. Alhamdulilah, Awal kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik. Saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Saya bangga terlibat dalam bidang ini. Pernah. Saya pernah merasa rendah diri kerana mungkin orang akan anggap bidang ini bidang yang biasa. Ala, ajar kanak-kanak. Low standard. Tidak bagi saya, kerana menjadi guru tadika merupakan tugas yang berat. Jika kanak-kanak mampu membaca dan menulis atas ajaran guru tersebut. Itu merupakan pencapaian terbesar bagi kami guru tadika. Saya sangat bangga dan bersyukur kerana Allah telah meletakkan takdir yang terbaik untuk saya. Alhamdulilah.

P/S: Akan mencuba sehabis baik. Semangat baru. Kritikan dan cacian orang membuatkan kita tabah dan cekal. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...