Rabu, 15 Ogos 2012
Getting Married
Selasa, 14 Ogos 2012
Indahnya Perhubungan Itu Part 2
Sebenarnya saya memang tak berniat langsung untuk menyambung entri yang sebelum ini. Entri yang saya masukkan video 'I've proposed' oleh Dena Bahrin. Saya amat terkejut sebenarnya. Beberapa hari yang lepas saya ada 'menjenguk' 1 page photoghraper yang agak terkenal sebab mereka ambik gambar orang-orang yang agak terkenal jugak.Kalau tak silap nama dia The Kliker. Rupa-rupanya, Dena Bahrin dah kahwin dan dia masih muda. Baru berumur 20 tahun dan masih belajar. Gambar-gambar mereka sangat cantik dan kreatif dan mereka sangat comel, sesuai, bagai pinang dibelah dua. Di sini saya selitkan 1 gambar perkahwinan Dena Bahrin. Tentang kisah perkahwinannya, sila rujuk blog beliau. Sila klik link tersebut. Sebenarnya, saya amat kagum dengan dia. Saya suka tutorial pemakaian hijab menutup dada olehnya. Sangat comel dan menutup aurat.
P/S : Sila cari The Kliker | Wedding and Potrait Photoghraphy kat Facebook untuk lebih gambar.
Saya ambik gambar ini kat blog Dena Bahrin. Credit to her.
Luahan Oleh Afifah Adnan di 6:38 PTG 0 ulasan
Label: Indahnya Perhubungan Itu
Rabu, 1 Ogos 2012
Perihal Ramadhan
Ramadhan? Ada apa dengan Ramadhan? Di bulan yang mulia ini, kita wajib untuk berpuasa. Puasa? Puasa ialah menahan lapar dan dahaga dari waktu fajar hingga waktu maghrib. Tapi harus diingat, kita bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, kita juga perlu menjaga lidah, mata dan telinga dari sesuatu yang tidak sepatutnya. Jika menahan lapar dan dahaga syarat sah puasa,wajib. Menjaga lidah, mata dan telinga adalah sunat. Jika kita hanya menahan lapar dan dahaga tapi tidak menjaga pandangan, puasa kita sah tapi kita tak dapat pahala puasa.
Di Bulan Ramadhan, terdapat 1 solat yang istimewa. Kita hanya dapat mengerjakan di bulan puasa sahaja. Solat Terawih. Solat ini boleh buat 8 rakaat ataupun 20 rakaat bersama 3 rakaat witir. Lebih afdal, jika mengerjakan 20 rakaat.
Ada satu lagi kelebihan bulan Ramadhan, iaitu Malam Lailatul Qadar. Semua umat manusia perlu terkejar-kejar mendapat malam istimewa ini. Apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam seribu bulan. Jika kita beribadat pada malam tersebut, kita diibaratkan beribadat selama seribu bulan. MasyaAllah, besarnya. Tapi harus diingat, jangan hanya beribadat pada malam itu sahaja, malam-malam lain pun kena buat jugak. Malam Lailatul Qadar ini tidak diketahui pada malam ke berapa. Cuma diberitahu pada 10 akhir Ramadhan.
Ramadhan itu bulan yang sangat istimewa. Tambahkan dan tingkatkan ibadah anda di bulan yang mulia ini.
*Peringatan untuk diri saya sendiri, keluarga dan orang di sekeliling saya.