Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Dah lama tak menulis di ruangan ini. Maklumlah agak sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Setiap kali buka blog, pasti niat untuk menulis akan terbantut. Kenapa jadi macam tu?? Saya pun tak tahu sebabnya. Malam ini kuatkan niat untuk menulis di ruangan yang kian berdebu dan berhabuk ini. Rindu pun ada (macam la rindu sangat). Agak-agak apa yang saya nak tulis pada malam yang tak berapa malam (pagi hari). Saya nak membincangkan perihal hati. Apa maksud hati?? Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati merupakan organ dalaman yang amat penting dalam badan setiap manusia. Eh, salah topik! Bukan hati tersebut yang saya ingin perkatakan. Saya ingin membicarakan tentang Hati ini.
"Janganlah hancurkan hati ini
ku hanya mencuba meluahkan perasaan
Usahlah ragui hati ini
Kerna kau satu-satu hero yang ku cinta
Selamanya"
Nyanyi lagu Nabil pulak. Hati ini, merupakan bahagian yang agak sensitif. Senang untuk terluka, cemburu, sakit hati, gembira, teruja dan seangkatan dengannya. Sememangnya sebagai seorang perempuan, saya amat sensitif dalam segala hal. Kenapa? Memang ditetapkan oleh Allah, hati perempuan memang macam nie. Jangan pelik kalau perempuan itu senang untuk cemburu. Contohnya, lelaki yang mereka suka berbual mesra dengan perempuan lain. Walaupun perkara kecil, mereka akan mudah untuk cemburu dan berkecil hati. Namun, sebenarnya kita tidak boleh berkecil hati. Kita tengok PETIKAN TEKS di bawah :
"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati
juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"
.. I'm so
confused...
Kenapa orang
kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad
what's that mean.
Ayah: Jika
seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia,
kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi
kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang
yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita
dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah
hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka
dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak
redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati
dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo...
Ook...
Ayah: Lagi parah
bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam
ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita
pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak
sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan
lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion
is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak
redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak
redha dengan kita... Na'uzubillah.
P/s:
"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu.
Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T
telah menutup aib dan kelemahan kamu."
Dah faham?? Maknanya?? Kita perlu sentiasa berpesan kepada hati untuk tidak berkecil hati. Kita kena pujuk dan rawat hati ini. Kalau tak mampu memohon la kepada Allah. Itu lebih afdal. InsyaAllah akan tenang. Mulai hari ini, selalu berfikiran positif. Jangan fikir negatif. You can do it (Pesanan untuk diri sendiri). Kuatkan hati anda... ^_^